Pages

Wednesday, August 11, 2010

MACAM-MACAM HAL

Salam semua.....


gambar hiasan


‘tertakluk kepada terma dan syarat’

Seri dah muak dengan ayat ni. Apa terma dan syaratnya? Tak dinyatakan bagaimana kami sebagai pengguna nak tahu. Hak kami telah dicabuli. Kami berhak tahu. Dah puas baca flyers, agreement dari atas sampai bawah. Dari sebesar-besar tulisan sampai sekecil-kecilnya.


Kisah lain.....

Dikepung 3-4 promoter. Paksa kita dengar fasal produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Kata 2-3 minit tapi meleret sampai setengah jam. Buang masa tahu. Lemas kena kepung, kalau bagi air tak apa juga. Saja si promoter tanya soalan nak provok suruh beli barang. Paling ketara produk untuk memahirkan english. Konon speaking. Ermm, apa nak balas ya. Nak kata 'saya tak berminat' macam kejam pula, 'saya dah beli produk tu' menipu namanya. Akhirnya dapat juga idea 'maaf, saya nak cepat ni. Ada kecemasan. Nanti kalau saya lalu kat sini lagi awak boleh bercerita lebih lanjut'. Produk tersebut jarang membantu selain menipu.


Kisah lain.....

Bila duduk dalam bas ekspress ada budak dok hulur bacaan doa sebesar business card tanpa sepatah kata. Orang hulur Seri sambut. Budak tu terus berlalu ke tempat duduk belakang. Tapi sebenarnya budak tu akan datang balik dan kutip duit. Sekeping RM3 tu. Terus Seri pulangkan semula. Untuk kali yang seterusnya kalau nampak budak tu naik bas terus pura-pura tidur. Yang paling dahsyat pengemis pun dengan tak segan silu minta duit sampai masuk dalam bas. Bengang juga, pemandu bas tak tahan pula. Buat apa bagi masuk. Seri tengok pengemis tu sihat, tak ada cacat cela cuma pakaian saja yang buruk.


Ini pula kisah promoter yang lain. Punyalah merayu. Puas kata 'kami belajar lagi mana ada banyak duit'. Dipaksanya keluarkan duit dari mesin ATM. Siap tawar diri temankan keluarkan duit. Suruh beli kad apa entah. Kad pelbagai guna. Kononnya kalau guna kad tu untuk pelbagai urusan dapat diskaun terutama jual beli, bil hospital, tiket kapak terbang.


Ini menipu namanya bukan strategi. Sedangkan menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam, inikan pula menipu untuk mengaut keuntungan. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith,
“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

5 comments:

zamfadliez said...

tu la,byk nk amik ksemptan jer skang nie..nk kaut untung..!smoga dijauhkn,nice post :)..~

atie said...

manusia sekarang semua terdesak apa saja sanggup lakukan..... pening

Seri said...

zamfadliez: perlu berhati-hati.bukan kata perempuan, lelaki pun boleh jadi mangsa. thanks

kak atie: bila harta dunia yang dikejar. itu yang jadinya

ajim said...

ops bersangka baik lah kita...hehe
dan hati2 apabila berada dalam situasi yg disebutkan..

Seri said...

ajim, berbaik sangka kita yang jadi mangsa. haha

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator