Pages

Monday, August 30, 2010

ALHAMDULILLAH, KENYANG

Salam semua.....


Bulan Ramadan ni ramai yang preview juadah berbuka. Seri pun tak nak ketinggalan.


Nasi putih, sayur, tempoyak, cili sos, tauhu goreng


Apa yang kurang?

Ayam (bukan)

Daging (bukan)

Ikan (bukan)

Sayur berdaun (bukan)

Bukan, bukan, bukan....


Yang tak ada tempe, tempe, tempe


Makan tauhu teringat tempe


Tengok pun boleh meleleh air liur


Seri bukan orang Jawa. Kami sekeluarga juga tak pernah menetap di Johor (Johor terkenal dengan tempe). Ex dulu pun tak ada orang Jawa. Tapi Seri suka sangat makan tempe. Seri ada seorang kawan rapat, orang panggil dia Zu. Orang Pahang. Dia juga suka makan tempe. Kami berkongsi kegemaran yang sama. Bila teringat tempe automatik boleh teringat Zu.



Siap ada kenyataan akhbar. Orang politik ada nak dikisahkan.


Orang kata tempe ni banyak khasiatnya. Ramai orang telah memperkatakannya.

Dato’ Seri Khir Toyo menafikan penggunaan botox sewaktu diwawancara mengenai pipinya yang licin dan tak berkedut tetapi mengamalkan pemakanan tempe. (Seri pedulikan tempe di situ bukannya isu politik yang dibawa).


Lagi satu, Seri lebih pedulikan kesedapan dan keenakannya berbanding khasiat yang terdapat pada tempe.


Bulan depan konvo. Kalau ada rezeli boleh makan tempe. Susah juga nak cari tempe kat Tampin ni. Boleh jumpa Zu sekali.



Gambar adik konvo tahun lepas



p/s: Adik Seri konvo dulu, tak pe. Nak langkah bendul pun tak pe.

p/s 2: Jangan tertipu, lauk gulai ayam belum diletakkan ke dalam pinggan. Kurma ada kat sebelah pinggan.

4 comments:

FaizalSulaiman said...

wahh tempe.suka juga.hehehehe

Seri said...

wahh Faizal Sulaiman singgah kat sini

Shukri Mohd Ali said...

sedap! sedap! sedap! =D

Seri said...

Shukri Mohd Ali->
Tak sangka ramai juga yang sukakan tempe

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator