Pages

Wednesday, February 03, 2010

KELUAR TANDUK BILA JADI SENIOR

Salam semua......


Sambungan entry lepas,


Walaupun dan jadi senior keadaan hidup Seri tak jauh beza. Masih pergi sekolah, prep, basuh baju, menikmati ikan jaket hampir setiap hari cuma tekanan dari senior diganti dengan kerisauan subjek add math, kimia dan fizik yang pernah nak lulus.


Seganas-ganas senior tak pula kena basuhkan baju atau seterikan baju. Tak ada peras ugut. Masih boleh outhing dan hidup dengan aman. Konon mental kuat. Telefon rumah pun seminggu sekali je kurang dari 5 minit (arahan ayah nak kasi anaknya mental kuat). Masa sekolah tak terasa pun home sick tapi bila dah masuk matrik, universiti baru benda-benda tu datang.


Batch Seri sikit je. Satu kelas 20-25 orang. Kalau senior dulu satu kelas lebih dari 35 orang. Junior pun sama. Walaupun senior jadi kumpulan minoriti.


Bila junior masuk tradisi masih diteruskan seperti biasa. Bezanya kami duduk sekali satu dorm. Menurut pandangan Seri bila tinggal satu dorm tekanan junior makin kurang, sebabnya:

  • Rollcall bila perlu je.
  • Pergi makan 13 orang je. Kurang 7 ragam.
  • Boleh nak after2 kalau senior dari dorm sendiri guna kemudahan asrama.
  • Hubungan senior dan junior semakin baik terutama yang satu dorm.
  • Kes hilang selipar makin kurang (takut terambil selipar senior batch sendiri)
  • Spotcheck makin kurang (mengganggu senior satu dorm)
  • Senior jaga junior masing-masing (tak ada percampuran kuasa mendidik)
  • Kalau ada senior tak puas hati junior dari dorm lain biasanya mereka akan rujuk senior kepada junior berkenaan. (aku nampak senior kau bla.bla.bla. tolong nasihatkan yea)
  • Kemas dorm sama-sama

Yang bestnya masa annual dinner (hanya untuk form 5) junior yang tolong make-up.

Yang sedihnya masa SPM dorm sunyi je. Tingggal kami yang senior 7 orang, 13 katil kosong tanpa penghuni.


Masuk matrik hampir semua sebaya. Tinggal kat sana setahun je. Masuk sama-sama habis pun sama-sama. Mana ada senior. Sekarang matrik ada yang setahun, ada yang dua tahun.


Masuk universiti lagi bebas. Tak ada siapa nak halang. Pelajar kanan (senior) hanya ambil tahu masa Minggu Haluan Siswa. Tu puna Agen (fasilitator/ pelajar kanan) nak pastikan minggu tersebut berjalan dengan lancar. Habis je MHS pandai-pandai korang la. Cuma tahun 1 tak boleh bawa kenderaan sendiri.


Rugi sesiapa tak merasa tinggal di asmara.

Lagi rugi sesiapa yang tinggal asrama tapi jadi baik je.

Please, jangan jadi barua. Hilang nikmat tinggal kat asmara.

3 comments:

Azuan said...

yup waktu sekolah paling best huhuu

Akif Mazlan said...

Rugi sesiapa tak merasa tinggal di asmara.

Lagi rugi sesiapa yang tinggal asrama tapi jadi baik je.

Please, jangan jadi barua. Hilang nikmat tinggal kat asmara.

i like this statement,,heheheh

Shin Chan Comel said...

memang best time kat asrama dulu..ceria je pasal ramai kawan dan banyak ragam boleh tengok:)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator