Pages

Monday, January 25, 2010

"BAHAGIANYA" TINGGAL ASRAMA

Salam semua.....


Entry tanpa intro dan gambar


Form 4 (junior)

Minggu pertama masuk kena dapatkan 100 tanda tangan senior. Kalau senior yang baik minta je terus dapat. Kalau tak kena siapkan task baru dapat. Task femes tulis nama senior atas lantai guna b*****.


Panggil senior kakak.


Kena tegangkan cadar sampai tahap duit syiling boleh malantun balik bila lambung. (gila)


Bagi salam setiap kali jumpa senior, selisih, bertembung atau memang nak jumpa dia.


Duty dua kali sehari, pagi dan petang (bergilir cuci toilet, longkang, kemas surau dll) berus sampai bersih, kalau boleh sampai bersinar. Memang tak sia-sia boleh dapat Anugerah Kualiti, Johan 3K tahun 2003.


Pergi makan, makan satu meja, balik sama-sama satu dorm. 1 dorm = 20 orang. Naik angin kat yang jenis spesis lambat/ terhegeh-hegeh.


Mandi sebelum kol 5.30 untuk mandi pagi, 6.00 untuk mandi petang. Alasan kakak-kakak nak mandi pula. Padahal toilet lain-lain.


Kena tapau makanan senior (kes malas gi dewan makan)


Jangan dok menggatal rapat/ couple dengan senior (lelaki) nanti kenalah.


Senior buat roll call dari lepas solat Isyak sampai awal pagi. Padahal tahu esoknya junior exam (exam junior dan senior lain-lain) roll call mingguan memang wajib ada.


Kalau dulu main cop-cop. Contoh nak guna seterika (tak boleh bawa sendiri) lepas tu cakap ada orang tak, nak after. after la sampai berapa pun. Kalau senior tengah guna jangan la nak minta after. Mesti dia kata ada ramai senior after dia.


Ada juga senior jadikan junior adik angkat. Tapi bila junior tu buat salah/ hal senior merangkap kakak angkat akan basuh habis-habis (tak ada nak back-up)


Pernah tengok junior kena tampar dengan senior.

Senior kejar junior dengan penyapu.


Akui prinsip senior: barang kau, barang aku, barang aku, barang aku. (kes hilang selipar, barang dalam toilettries) biasa


Senior selalu buat spot check



Bersambung.....



* Ni baru biasa-biasa. Dengar cerita kalau sekolah yang bukan pure teknik (sekarang vokasional) lagi teruk kena.

Ada juga yang tak tahan kehidupan kat sini pindah balik sekolah lama.

Sekarang tak tahu sama ada tradisi ini masih berterusan atau tidak.


Akan datang cerita masa Seri jadi senior pula. Masa Seri form 5 senior dan junior tinggal satu dorm. Bagaimana agaknya kehidupan kami?



p/s: Kehidupan di aspuri (asmara puteri) recall kenangan dalam waktu yang singkat disebabkan kesibukkan melanda.

3 comments:

atie said...

Salam...

Kehidupan kalau boleh diputar balik adalah duk asrama akak pilih... coz walaupun mula2 kena buli... tapi still syok gak.... kehidupan yg indah dan happy sangat,,,,takan boleh lupa...semua yg tulis tu benar belaka kalau dok asrama...pandai2 lah ambik hati senior....tapi bila kita lak jadi senior tu yg best tu...

Seri said...

macam mana nak ambil hati senior yang memang tak ada hati perut. haha. thanks to all senior. pengalaman yang cukup indah. pengalaman yang sangat berharga.

rugi siapa tak merasa tinggal di asmara. kehidupan kat asrama sekolah, matik dan universiti lain-lain

Anonymous said...

ermmm...rasanyer semua sekolah sama. dulu masa kt MRSM Qtan...sama jgk.senior kejam giler.mengalhkan hitler...kalo bleh, dorg nk sgt tgk junoir ni menderita..(masa tu sy ni junior...)huhuuu...serik dok asrama...xtahan lasak msti ngis jer sb plusss homesick...:)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator