Pages

Monday, February 08, 2010

AKADEMIK, KEMAHIRAN GENERIK DAN BIG

Salam semua.....


Kerelaan atau keterpaksaan mengikuti program Bina Insan Guru, BIG? Adakah sekadar cukupkan syarat. Jangan bicara soal keikhlasan di sini kerana Seri pun malas nak bincangkan lebih lanjut.


Semalam Seri baru saja menamatkan outdoor aktiviti BIG iaitu perkhemahan. Mulanya malu juga nak menjawab camping dalam UTM je tapi bila dah ada yang bertanya kena juga jawab. Besar juga UTM ni siap ada tapak perkhemahan. Tempat menjalankan aktiviti fizikal pun ada tapi tak la sebesar UiTM Shah Alam.


Menurut fasilitator (pelajar sains sukan UTM) BIG ni diadakan sebab ada pengetua komplain guru-guru dari universiti ramai yang tak tahu nak menguruskan aktiviti ko-q kat sekolah. Mungkin ada betulnya. Kami tak seperti IPGM yang menyediakan program khusus yang lengkap bagi menyediakan pelajarnya menjadi seorang guru. Tapi kurang professional nak guna alasan tu bagi menutup kekurangan dan kelemahan. Banyak program kolej, persatuan-persatuan UTM seperti SRM, kelab Budi Penyayang dan banyak lagi yang bergiat aktif. Hanya bergantung kepada diri sendiri sama ada nak turut serta atau tak. Nak jadi mahasiswa kuyu, layu dan lesu atau sebaliknya.


Sebenarnya Seri pun kurang setuju bila ada pihak kata kami (pelajar fakulti pendidikan) hanya ditekankan aspek akademik. CGPA bukan sekadar mengukur presrasi akademik semata-mata.

Course work assessment is based on quizzes, assignments, presentations and tests. Course work assessment and final exam comprise of not more than 50% from the whole assessment. ….. copy from web site FP, UTM


Kenyataan di atas bukan bermakna Seri menyanggah pendapat mana-mana pihak. Hanya mengutarakan pendapat di blog sendiri.


Seri mungkin terkilan jika tak berpeluang meneruskan cita-cita sebagai seorang guru namun tidak akan menyesal mengambil kursus perguruan sebagai first degree jika telah ditetapkan olehNYA rezeki Seri bukan sebagai seorang guru.

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator