Pages

Wednesday, January 20, 2010

CIKGU GILA

Salam semua.....



Kelihatan seorang lelaki hampir sebaya mungkin lebih muda sedikit berbanding ayah Seri memakai blazer dan berseluar pendek berjalan di tengah hari dalam cuaca panas terik sambil mengepit buku lukisan di bawah ketiaknya. Dengan keadaannya begitu pastinya menarik perhatian Seri.


Terdetik dihati Seri, kenapa dengan orang tu, tengah2 hari pakai blazer. Lepas tu pakai seluar pendek.

Cikgu tu tak berapa nak betul.

Mak Seri memberi penjelasan. Ish, mak ni macam tahu-tahu je apa yang Seri fikirkan.

Mak Seri tanya, boleh ke cikgu macam tu terus bekerja (menjadi guru)?

Jawapan Seri: Boleh selagi cikgu tersebut menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Datang sekolah, tak ponteng kelas. Tak buat sesuatu yang boleh merosakkan profesion perguruan di mata masyarakat.

Ayah: Cikgu tu ajar seni dan PJ

Seri: Wah, cikgu seni. Bukan semua orang boleh melukis dengan baik. Sayang la kalau berhenti sebelum pencen.

Mak: Ha’ah, kakak (panggilan Seri) boleh lukis orang lidi je.


Tanda-tanda tekanan mental
Bersikap ganas (Panas Baran)
Gelisah
Gangguan selera makan
Gangguan tidur
Hilang - tumpuan, motivasi
Kemurungan
Kerisauan yang berlebihan
Kelesuan
Mabuk arak
Mudah meradang
Perasaan bersalah

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Tip Mengurangkan Tekanan

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Perbanyakkan membaca Al-Quran

Banyakkan Solat Sunat

Selalu berdoa kepada Allah

Bersangka baik dengan Allah

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Menangis dengan sepuas hati

Hargai kebolehan diri sendiri

Cintai diri sendiri

Seri dapat dari sebuah forum


Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Tak tahu kajian tahun bila.




p/s: Ekstrem sungguh tajuk entry

3 comments:

Mr. cuz said...

ingatkan cikgu mana la yang gila tadi..hehe

ape² pn info yang boleh diamalkan oleh cuz ni..hehe gak tertkan skang ni..huhu

zamfadliez said...

nnti leh cek kn aku gile ker x x??haha...jage2,kg die serg ko,terkencet2 larik!hahha...adioos...~!

Seri said...

Mr Cuz
marilah menguruskan stress dengan bijak

zamfadliez
tidak! belum jadi cikgu lagi dah 'tak berapa nak betul'

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator