Selepas mengenakan sedikit gincu dan memastikan ‘lesson plan’ dan ABM (alat Bantu mengajar) dibawa bersama Seri mengatur langkah ke kelas. Hari ini proses P&P (pengajaran dan pembelajaran) dijalankan di kelas memandangkan hanya satu waktu Seri bersama 1 Beta.
Setelah memastikan para pelajar bersedia Seri memberi salam (apabila kita memberi salam akan ramai orang yang akan mendoakan kita berbanding jika kita menjawab salam)
Sebagai permulaan Seri meminta 4 orang pelajar secara sukarela tampil ke depan kelas, memberikan baju seorang satu untuk ditayangkan kepada kawan-kawan mereka yang lain sebagai Set Induksi.
Seri: Kelas, apakah perbezaan yang dapat kamu lihat pada pakaian di depan?
Pelajar 1: Baju cikgu ke?
Pelajar 2: Cantik baju cikgu?
Pelajar: ha’ah la. Cikgu beli kat mana?
Adoi, budak-budak ni. Soalan Seri tadi dibiar tanpa berjawab. Malah, soalah di balas dengan soalan lain.
Seri: Cantik ke. Terima kasih la yea. Cikgu beli kat kedai borong. Hari ini cikgu nak mengajar mainan mata. Ilusi optik. Kamu pernah dengar?
Pelajar: Macam magic ke cikgu.
Seri: Lebih kurang la.
Padahal Seri nak mengajar Kesan Corak Fabrik kepada Bentuk Badan Manusia.
Menjadikan orang kurus dan tinggi kelihatan gempal dan rendah.
Corak garisan menegak/ pinstripe
Menjadikan orang rendah dan gemuk kelihatan tinggi dan langsing.
Menjadikan orang kurus kelihatan lebih gempal
Corak kecil
Menjadikan orang gempal kelihatan kurus dan langsing.
Sebagai tambahan (rujukan dan istilah bahasa inggeris)
Corak bulat-bulat/ Polka dot
Corak kotak-kotak/ Checked
Tidak lupa Seri menyelitkan nilai-nilai murni dalam kelas sebagai kurikulum merentas subjek dengan mengingatkan mereka agar ‘menutup aurat dengan baik’
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)
(yang ini tipu sebab Seri mengejar masa yang suntuk) Mungkin untuk lain kali
Refleksi yang patut Seri tulis dalam lesson plan hari ini: Set induksi GAGAL. Seri berjaya menarik perhatian pelajar tapi pelajar tak dapat mengaitkan set induksi dengan isi pembelajaran dan mengambil masa yang lama hanya untuk set induksi. Masak Seri kalau hari tu pensyarah yang menyelia/ guru pembimbing datang menilai.
Seri perhatikan sekarang ramai yang suka pakai t-shirt yang ada tulisan besar-besar. Kalaulah Seri ada nampak t-shirt yang macam kat bawah ni mesti dah beli. Pakai masa nak balik rumah. Selama ni tak pernah cakap sayang kat mak, ayah, adik-adik. Selalu guna nonverbal communication. Peluk, cium pipi.
Tulisan masuk dalam kategori mana?
3 comments:
Salam Seri..
Tak dapat jawab pulak soalan tu.... semoga jadi pendidik yang berjaya...
not bad actually, penggunaan realia dlm bilik darjah, penerapan nilai ada..content dicapai
bg soalan tak berjawab tu..biasa la tu, bdk2 nak corner balik cikgu.
set induksi dlm 5 minit jer..
kak atie-
Seri pun tak tahu jawapannya
kudabesi-
dah macam peer evaluation. thanks
Post a Comment