Pages

Tuesday, December 15, 2009

AWAK ORANG MANA?

Salam semua.....

sumber gambar: www.tourism.gov.my

Seri lahir di Negeri Sembilan

Mak lahir di Perak

Ayah lahir di Melaka

Kampung mak dan ayah di Melaka

Bermastautin di Negeri Sembilan selama 12 tahun

Bersekolah di Negeri Sembilan selama 7 tahun (dari darjah 5 hingga tingkatan 5)


Kalau suruh cakap loghat Melaka sepatah haram pun tak tahu.

Lain la kalau suruh cakap loghat noghori boleh la juga. Orang lain cakap pun masih boleh faham.


Seri masih ingat masa nak apply belajar di salah sebuah sekolah asrama di Melaka orang sana tak terima dengan asalan dia bagi keutamaan kepada orang Melaka. Aik! Seri bukan orang Melaka ke? Tak cukup no ic ayah 04 ditengah-tengah dan kampung mak dan ayah yang membuktikan Seri orang Melaka? Orang tu cakap kena ikut tempat kelahiran anak, tempat bermastautin dan dimana anak bersekolah dahulu. Sejak itu Seri menganggap yang Seri orang Negeri Sembilan. Kalau ada sesiapa tanya jawab saja orang Negeri Sembilan.


Pernah juga jawab soalan di fasal loghat pengetahuan tentang Negeri Sembilan di facebook memang kebanyakkannya lulus dengan jayanya. Cuma yang betul-betul hard core tu susah sikit. Tapi jawab fasal Melaka semua kata Seri orang luar. Memang la semua soalan yang ada di facebook tu tak diiktiraf pun tapi sekurang-kurangnya di situ boleh tahu juga tahap pengetahuan. Kalau tak diuji mana nak tahu selain menghabiskan masa di laman sosial berkenaan.


Kalau Seri nikah pun mas kahwin ikut nilai yang disarankan di Negeri Sembilan bukan Melaka atau mana-mana negeri. Bukan apa, tak lama dulu sibuk orang perkatakan fasal mas kahwin Negeri Selangor naik secara mendadak. Mas kahwin Negeri Sembilan merupakan kedua termahal selepas Selangor. Saja je nak bagi tahu. Yang membebankan tu hantaran yang orang letak beribu-ribu bukannya mas kahwin. Out of topic kejap.


Ok sambung balik. Seri orang mana ek? Alahai buat apa nak heboh-heboh sangat. Seri rasa tak kisah la asal mana. AKU DARAH ANAK MALAYSIA, pinjam kejap ayat Ramlee Awang Murshid novelis thiller dalam bukunya ADAM atau buku terjemahannya PERSONAL JUSTICE yang belum Seri habiskan membacanya lagi.


Dah tu buat apa Seri nak susah-susah create entry ni? (tak susah mana pun)- sebab berlaku sedikit pertikaian Seri orang mana oleh seorang kawan Seri ni. Kalau dia tak baca entri ni kalau2 ada kawan-kawan yang lain yang mendengar pertikaian itu faham la kan. Kalau tak ada juga Seri anggap je macam tulis diari. Sebelum Seri lupa. Nak apply biasiswa negeri pun di Negeri Sembilan. Tak mahu kejadian sama berlaku semasa nak apply sekolah dulu.


Pesanan untuk kawan Seri tu: Oh, kau mengata kat belakang aku ek. Apa-apa pun aku wish luck untuk kau sebagai partner masak aku. Semoga menjadi gandingan mantap kita berdua. Jangan marah sebab aku dah bagi tahu awal-awal yang aku bukan tau sangat masak ni.



p/s: Kalau siapa-siapa singgah Tampin bagi tahu la.

7 comments:

imam said...

orang mana pon tak jadi masalh..yang penting kita rakyat malaysia..hidup berbilang kaum tanpa sebarang sengketa..

p/s: susah ke cakap melaka?
ulau melingkau atas pagau...

Seri said...

betul tu. semangat 1 Malaysia harus jauh lebih tinggi dari semangat kenegerian. ibarat mencipta jurang jika terlalu memikirkan perbezaan.

dok merantau ikut ayah mana nak tahu loghat melaka. orang kg pun ckp loghat noghori, tu pun x la pekat sangat

kudabesi said...

la orang melaka upenya hehe

nasib baik blh paham hampir smua loghat kat malaya. borneo belum lagi

5069 said...

yahaa!! parents sy org noghori..sy lahir kL..23 taun kt sin city ni kehkehkeh..

NS said...

saya takde kena mengena dalam ini entri huhu

Seri said...

kudabesi:
bagus la. kalau di hantar mengajar di mana-mana pun tiada masalah.

ah ian:
jadi orang kl gamaknya

nobuta:
tq sebab membaca N3

zatul akmar said...

saya orang pahang wpun ayah saya org noghori..balik kg 2,3 kali je setaun..huhu.tp phm la sikit2 bahasa nogori nih..;)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator