Pages

Tuesday, December 29, 2009

ANAK MAT TIARAP

Salam semua.....

gambar ambil dari google


Ibubapa merupakan faktor kedua tertinggi yang menyumbang kepada masalah pelajar. Itu antara sari pati apa yang Seri pelajari dalam kelas Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan petang tadi. Mula-mula ingat subjek ni macam Sivik. Tapi kali ni Seri bukan nak bercerita soal nilai-nilai murni tapi perihal ayah Seri. Sesiapa yang mengikuti blog Seri mungkin telah mengetahui yang ayah Seri seorang askar. Terima kasih ayah. Disebabkan ketegasannya Seri menjadi seorang 'manusia'


Bangun awal

Ayah paling tak suka orang liat bangun pagi. Oleh itu kami memang dah dididik untuk bangun awal pagi walaupun masa cuti. Tapi bukan bererti lepas subuh tak boleh tidur. Setakat pukul 7-8 pagi boleh lagi dia terima.


Tidur awal

Bagi memastikan kami boleh bangun dengan segar setiap pagi ayah menghadkan waktu menonton TV/ belajar sehingga jam 9.30 malam. Lepas waktu tu dah kena hambat masuk tidur. Tak payah buat-buat rajin menelaah kononnya.


Ikut rule

Ayah tak marah kalau gulai masin ke, masam ke, pahit ke. Dia makan je. Tapi dia marah kalau sesuatu benda buat tak ikut rule. Contoh: Ni siapa ajar kau potong petola macam ni. Mak dah lama tak masak petola, Seri dah lupa. Makcik cafe potong macam tu Seri ikut la. Masa tu mak kerja tak tahu nak tanya siapa. Seri diam je.


Semua perlu bukti

Kalau ada rombongan sekolah ayah mesti nak tengok dulu surat kebenaran dan butiran lengkap tentang rombongan tu. Padahal cikgu hanya akan bagi semua tu kalau dah tulis nama comform pergi. Rasa macam tersepit je. Seri nak sangat ikut.


Check buku/ beg sekolah

Ikut suka ayah nak check bila buku/ beg sekolah. Kalau buku tak bertanda mesti dia tanya: cikgu kau tak tanda buku ke? Nanti dia minta bawa balik buku kawan-kawan sekelas sebagai bukti. Jika ayah tak puas hati dia yang akan datang sekolah tanya cikgu. Ayah tak akan marahkan guru tapi akan salahkan anak dia.


Kedatangan penuh

Ayah memang aim anak dia dapat anugerah kedatangan penuh agaknya. Hehe. Bukan kerana hadiah. Ayah memang tak kasi ponteng sekolah. Biasanya lepas UPSR, PMR tak buat apa-apa pun kat sekolah. Tapi ayah suruh datang juga. Teruk adik kena libas sebab ponteng kelas tambahan.


Wajib tengok berita

Biasa tengok Buletin Utama TV3. Ayah kata macam mana nak tahu perkembangan dunia kalau tak tengok berita. Masa sekolah rendah mana la suka tengok semua tu. Memang tak ada alasan. Kerja sekolah kena buat sebelum atau selepas berita. Kalau tv rosak sebab utama ayah akan hantar kedai untuk baiki adalah kerana berita. Surat khabar beli hari ahad saja.


Persiapan lengkap ke sekolah

Jika esok hari persekolahan malam tu kena siapkan semua sekali. Susun buku, gosok baju, isi air dalam botol, stokin letak dalam kasut dll. Bukan pagi tu nak ke sekolah baru terhegeh-hegeh buat itu ini.


Cukup peka

Jangan menipu. Memang pantang. Along pukul berapa kau basuh baju. Apasal tak kering-kering lagi. Cuaca cerah patutnya dah boleh angkat. Sambil pegang baju untuk mengetahui darjah kelembapan pakaian. Errr.... lambat sikit. Ayah Seri pernah pegang spenda budak askar sebab bagi alasan buang air sebab lambat. Dia tipu. Spenda kering je. Padah muka, muka kena flush sekali dengan najis dalam mangkuk tandas. Siapa suruh tipu ayah Seri.


TV kena rehat

7-8 malam tak boleh buka tv. Tv tak boleh buka lebih dari 4 jam. Kalau dia balik rumah pegang tv panas memang nak kena. Nanti katanya asyik tengok tv je. Tak kan nak tuam tv dengan air batu nak kasi sejuk. Tak kasi can tengok kartun. Padahal tu yang paling best. Nak tengok waktu ayah tak ada kat rumah.


Tiada majalah hiburan, komik yang tak berfaedah

Novel/ buku cerita boleh baca/ beli tapi bukan berkonsep percintaan muda-mudi. Kalau tahu mak yang akan masuk campur. Mak tak suka anak dia baca novel cinta. Tapi, bukan dulu mak pernah belikan buku Cinderella dan Snow White ke. Nasib baik novel tersebut tak kena dengan jiwa Seri. Biasa baca novel thiller. Paling suka novel Ramlee Awang Murshid. Majalah hiburan memang tak pernah bawa masuk rumah. Semua tu cepat expired date. Rugi kalau beli. Lain la majalah Kosmik, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat. Bila masuk matrik baru berani beli majalah Ujang/ Gila-gila. Tapi bila Seri balik sekali lagi majalah semua tu dah tak ada. Tanya mak dan adik-adik, katanya tak ada usik pun. Mesti ayah dah jual bersama-sama surat khabar lama untuk dikitar semula. Faham-faham je la.


Mandi petang sebelum pukul 7

Tapi biasanya bila dah leka keluar main memang tak ingat dunia. Masa kanak-kanak, tahu main je. Lepas tu balik berebut bilik air dengan adik. Kalau ayah keluar mula leka diri tu belum mandi. Dengar je bunyi motor ayah balik cepat-cepat ambil tuala pecut masuk bilik air.


Jangan memberontak

Pernah adik nak air. Ayah minta Seri ambilkan. Seri hulur cawan dengan muka masam. Ayah balik cawan berisi air kat lantai. Lain kali jangan buat macam tu, ayah tak suka. Mungkin kata ayah dalam hati.


Tak suka gula-gula

Ayah tak suka anaknya makan gula-gula. Pernah ayah baling gula-gula yang Seri beli. Kantoi. Habis semua jadi habuan semut-semut. Ayah kata baik duit buat beli roti.


Ayah seorang yang pendiam. Dalam diam dia memerhati. Kalau melampaui batasan memang kena. Seri pun pernah kena. Tapi sekali tu saja. Kena sebat dengan hanger sebab tak nak pergi sekolah. Hanger patah, Seri menangis tanpa bunyi. Takut wooo. Terkencing kat situ juga. Masa tu darjah 2. Sekarang dah terbalik. Seri tak sabar nak masuk sekolah balik.


Mak pula seorang yang lembut. Kalau dua-dua garang tak tahu apa nak cakap. Lembut dia pun ada kerasnya. Gara-gara ayah bawa Seri pergi kedai gunting tanpa pengetahuan mak. Terkejut mak, rambut Seri dah jadi ala-ala boy cut. Apa lagi mengamuk la dia anak perempauan dia macam tu. Sejak itu ayah tak masuk campur soal rambut Seri/ adik perempuan Seri. Kalau adik lelaki memang dia tak kasi bela rambut panjang. Kempunan la kau angah nak merasa rambut panjang.


Ada banyak lagi. Cerita 3 hari 3 malam pun tak habis. Menurut kajian ayah yang bekerja dalam unit beruniform merupakan seorang yang garang. Mesti kawan Seri ingat Seri post semua ni sebab statement pensyarah dalam kelas tadi. Kebetulan pula. Draf entri kali ni Seri buat sebelum pergi kelas tadi. Garang ke?

Disebabkan ketegasan askar membuatkan Seri pernah terfikir nak cari suami macam ayah (askar). Biasa la tu. Ramai perempuan yang nak cari calon suami lebih kurang macam ayah mereka.

Sebab lain:

  • Menepati masa
  • Disiplin
  • Smart tengok orang beruniform.
  • Sebahagian gaji salur terus kat akaun isteri

Masa tu ruang lingkup yang terhad hanya berkawan dengan anak-anak askar. Tinggal pun dalam kem. Tapi bila dah dewasa fikiran lebih terbuka. Ramai yang mempunyai pandangan sinis dengan askar ni. Kata mereka askar ni tak boleh tengok perempuan. Kalau nampak mulalah. Tapi bagi Seri itu normal. Sebagai seorang lelaki. Lagipun mereka jarang tengok perempuan jakun sikit la. Masa latihan/ operasi jumpa betina (haiwan) saja. Tapi segelintir je.



AKU TAK MENGERTI

Sekadar memerhati tingkahnya.

Tanpa suara dia berbicara

Ungkapan diatur tanpa madah

Sungguh, aku ingin fahami

Katakan, barang sebaris

Untukku, anak gadismu


Coretan buat ayah.

Monday, December 28, 2009

KIAMBANG BERTAUT

Salam semua.....



Reunion sekolah setelah tujuh tahun tidak bersua. Memang excited. Reunion ini menjadi penyebab utama Seri balik rumah. Kalu diikutkan baru dua minggu semester baru bermula. Dapat juga lepas rindu dengan famili. Terima kasih kepada Shima yang telah bersusah payah menguruskan reunion dan dibantu oleh Zura. Walaupun sekejap namun sangat bermakna.

Kenangan di pantai Port Dickson dan dataran stadium Tampin:












p/s: Zura kata bila reunion terkenang kisah2 lama.....alam percintaan di zaman persekolahan. err... tak tahu la pula. Seri tak pernah bercinta masa sekolah. Bila ditanya rugi ke? Jawapanya tidak...


Tiba-tiba teringat lagu Ruhil


Sunday, December 20, 2009

DITAG KUDABESI

Salam semua


My first tag. Dah buat-buat lupa fasal tag ni tapi tiba-tiba teringat kat kudabesi lak. kudabesi merupakan senior blogger.


1. Adakah anda rasa anda hot?
Nope. Bawah sikit dari hot. Suam-suam kuku.


2. Upload gambar kegemaran anda.




3.Cerita pasal gambar

Gambar masa tahun 1 dalam bengkel kayu. Iera yang tekun menyiapkan projek. Erin yang hanya berlakon pegang tukul. Boleh tergelak sorang2 tengok gambar ni (dari kanan: Seri, Iera, Erin)


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Beberapa hari lepas keputusan UPSR tahun ni keluar. Adik belanja sebab result dia kurang sikit dari Seri


5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Mari Selawat from wali band (dengar dari youtube)


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Lakar logo syarikat untuk label makanan. Kejap lagi buat guna adobe photoshop.


7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?

Mak panggil Kakak

Ayah dan adik2 panggil Along

Member sekolah panggil Meme

Seri........ oleh blogger lain

Cikgu......... oleh anak murid dan cikgu2 masa latihan mengajar


8. Tag lagi 6 orang

Tak nak tag sesiapa. Seri cuma pinjam 6 nama supaya dapat lengkapkan tag ni.

  1. Fiq
  2. Akmar
  3. Faezah
  4. Iera
  5. Anis
  6. Ainie


9. Siapakah orang No.1 pada anda?

Kawan 1 kolej. Kenal masa join program khidmat masyarakat.


10.Kata sesuatu mengenai orang no.5

Kak Anis tolong ajar Seri buat pantun.


11.No.3 ada hubungan dengan siapa?

Pakwe dia. Nak tahu tengok kat blog dia.


12. Bagaimana pula orang no. 4?

Seri memang suka dengan penulisan dia. Tapi dia dah lama tak update blog.


13. Pesanan kepada orang no.6

Nanti kahwin jangan lupa jemput Seri. Seru macam dah dekat je.


14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang no.2 ini?

Orangnya kecil je tapi suara lantang. Pernah dengar suara dia dari tingkat bawah masa tengah marahkan budak (dia kat tingkat 3) Bakal cikgu tegas tapi sporting

Saturday, December 19, 2009

SENI KAIT SEMAKIN DILUPAKAN

Salam semua.....



Dulu setiap kali mak mengait mesti Seri duduk sebelah mak. Seronok je tengok jarum kait, benang kait dan jari-jemari mak bergerak-gerak. Memang boleh melekakan. Macam tak terasa masa berlalu. Mak kait alas meja, tv, kusyen, dll. Mak juga pernah kaitkan topi untuk adik. Mak kata mengait satu seni. Sekarang mak dah lama tinggalkan seni kait.



Kalau nak mengait memerlukan ketekunan dan kesabaran. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam je. Jika tidak, tak lengkap satu set. Mengait mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding menjahit baju. Sebab itu jarang orang mengambil tempahan mengait. Yang eloknya modal mengait tidak banyak. Hanya berbekalkan dengan jarum kait, benang kait dan kertas (design kait) sudah cukup untuk mengait.


Seni kait boleh dihasilkan dengan menggunakan satu jarum satu (crochet), dua jarum atau tiga jarum. Biasanya orang mengait menggunakan dua jarum untuk membuat pakaian seperti baju sejuk. Tapi sekarang, seni kait sudah kurang mendapat perhatian. Kenapa ya? Ada lelaki yang terjun dalam bidang masakan, jahitan dan andaman. Ada ke lelaki yang minat mengait?



mengait menggunakan satu jarum


mengait menggunakan dua jarum


mengait menggunakan tiga jarum


p/s: Ayah Seri pernah nasihatkan mak supaya tinggalkan hobi mengait kerana menjadi salah satu sebab rabun mak makin bertambah.

Friday, December 18, 2009

BICARA SOAL KERETA

Salam semua.....

gambar hiasan

Secara jujurnya Seri memang tak tahu fasal kereta ni apatah lagi nak operate komponen yang ada pada sebuah kereta dan kenderaan lain. Namun Seri rasa beruntung kerana berpeluang mempelajari serba sedikit mengenai bidang automotif ini secara formal di dalam kelas dan di bengkel. Sesuatu perkara yang seronok dan mengujakan. Harap-harap Seri dapat score dalam subjek ini (teknologi automotif). Bidang automotif juga tidak terhad kepada kereta. Ilmu dan pengetahuan yang diperoleh boleh dimanfaatkan. Walaupun tidak mampu nak repair atau servis kereta/ motor sendiri (belum ada lagi) tapi sekurang-kurangnya tak mudah tertipu bila pergi bengkel. Entri kali ini sebagai recall apa yang telah Seri pelajari minggu ini.

Bahagian utama kereta:

1. BODY



2. CHASSIS

Terdiri daripada (frame, suspension, steering, wheels)


chassis


Orang Eropah pada masa dahulu membuat body dan chassis secara berasingan. Namun Orang Jepun telah mengubahsuai teknologi dari Eropah dengan menyatukan pembuatan body dan chassis yang dipanggil unitized body. Dengan perubahan ini kos produk dapat dikurangkan dan kereta dapat dijual pada harga dengan lebih rendah.

unitized body


Ciri-ciri kereta (body + chassis)

Ciri-ciri kereta (unitized body)

Menjadikan kereta lebih selamat

Kurang selamat (kemalangan renyuk terus)

Body boleh ditukar jika berlaku kerosakkan/ kemalangan

Body tak boleh tukar

Berat

Lebih ringan

Penggunaan bahan api yang lebih (petrol/ diesel)

Menjimatkan penggunaan bahan api (petrol/ diesel)

Harga kereta mahal

Harga lebih murah


3. DRIVETRAIN / rangkaian pemacu

Terdiri daripada (enjin – gear box – differential – drive sharf – wheels)


click gambar untuk paparan lebih jelas


Kategori drivetrain/ rangkaian pemacu:

  • Front-wheel drive (kebanyakkan kereta tempatan, contoh Myvi, Savy, Saga dll)
  • Rear-wheel drive (kereta sport)
  • Four-wheel drive (pacuan 4 roda)
  • All-wheel drive

p/s: Salam Maal Hijrah 1431

Tuesday, December 15, 2009

AWAK ORANG MANA?

Salam semua.....

sumber gambar: www.tourism.gov.my

Seri lahir di Negeri Sembilan

Mak lahir di Perak

Ayah lahir di Melaka

Kampung mak dan ayah di Melaka

Bermastautin di Negeri Sembilan selama 12 tahun

Bersekolah di Negeri Sembilan selama 7 tahun (dari darjah 5 hingga tingkatan 5)


Kalau suruh cakap loghat Melaka sepatah haram pun tak tahu.

Lain la kalau suruh cakap loghat noghori boleh la juga. Orang lain cakap pun masih boleh faham.


Seri masih ingat masa nak apply belajar di salah sebuah sekolah asrama di Melaka orang sana tak terima dengan asalan dia bagi keutamaan kepada orang Melaka. Aik! Seri bukan orang Melaka ke? Tak cukup no ic ayah 04 ditengah-tengah dan kampung mak dan ayah yang membuktikan Seri orang Melaka? Orang tu cakap kena ikut tempat kelahiran anak, tempat bermastautin dan dimana anak bersekolah dahulu. Sejak itu Seri menganggap yang Seri orang Negeri Sembilan. Kalau ada sesiapa tanya jawab saja orang Negeri Sembilan.


Pernah juga jawab soalan di fasal loghat pengetahuan tentang Negeri Sembilan di facebook memang kebanyakkannya lulus dengan jayanya. Cuma yang betul-betul hard core tu susah sikit. Tapi jawab fasal Melaka semua kata Seri orang luar. Memang la semua soalan yang ada di facebook tu tak diiktiraf pun tapi sekurang-kurangnya di situ boleh tahu juga tahap pengetahuan. Kalau tak diuji mana nak tahu selain menghabiskan masa di laman sosial berkenaan.


Kalau Seri nikah pun mas kahwin ikut nilai yang disarankan di Negeri Sembilan bukan Melaka atau mana-mana negeri. Bukan apa, tak lama dulu sibuk orang perkatakan fasal mas kahwin Negeri Selangor naik secara mendadak. Mas kahwin Negeri Sembilan merupakan kedua termahal selepas Selangor. Saja je nak bagi tahu. Yang membebankan tu hantaran yang orang letak beribu-ribu bukannya mas kahwin. Out of topic kejap.


Ok sambung balik. Seri orang mana ek? Alahai buat apa nak heboh-heboh sangat. Seri rasa tak kisah la asal mana. AKU DARAH ANAK MALAYSIA, pinjam kejap ayat Ramlee Awang Murshid novelis thiller dalam bukunya ADAM atau buku terjemahannya PERSONAL JUSTICE yang belum Seri habiskan membacanya lagi.


Dah tu buat apa Seri nak susah-susah create entry ni? (tak susah mana pun)- sebab berlaku sedikit pertikaian Seri orang mana oleh seorang kawan Seri ni. Kalau dia tak baca entri ni kalau2 ada kawan-kawan yang lain yang mendengar pertikaian itu faham la kan. Kalau tak ada juga Seri anggap je macam tulis diari. Sebelum Seri lupa. Nak apply biasiswa negeri pun di Negeri Sembilan. Tak mahu kejadian sama berlaku semasa nak apply sekolah dulu.


Pesanan untuk kawan Seri tu: Oh, kau mengata kat belakang aku ek. Apa-apa pun aku wish luck untuk kau sebagai partner masak aku. Semoga menjadi gandingan mantap kita berdua. Jangan marah sebab aku dah bagi tahu awal-awal yang aku bukan tau sangat masak ni.



p/s: Kalau siapa-siapa singgah Tampin bagi tahu la.

Monday, December 14, 2009

ANTARA KEK DAN CEKODOK

Salam semua.....


kek fondant

Asal cantik sudah. Sedap atau tidak lain cerita. Kalau dulu popular dengan kek fondant yang krim keras itu, sekarang kek cawan pula semakin mendapat tempat dalam borang tempahan kek. Tapi kek dengan hiasan ising biasa tidak pernah dilupakan. Selain cuci mata tengok baju-baju dan kasut di pusat membeli-belah seronok juga kalau sekali-sekali tengok kek pula. Comel betul tengok kek-kek yang telah dihias cantik. Bukan nak makan sangat pun, sebab itu Seri kata rasanya tak berapa penting.


kek chiffon (kek span)


Bila dah tengok kek yang comel mesti tangan ni gatal-gatal nak cuba. Paling best bila buat decoration kek. Nak buat decoration mesti ada keknya. Jika sebelum ini telah dua kali Seri beli kek chiffon yang tersangat la lembut macam span dan dua kali itu juga kena marah sebab mak kata kalau potong kek jadi tak cantik. (Kek chiffon menjadi pilihan sebab harganya yang murah.) Adeh, padahal kek itu bila dah kunyah hancur juga. Kali ini Seri nak cuba buat kek cawan. Senag sikit tak perlu basuh loyang. Sudah tentu tak kena marah sebab kek cawan tak perlu dipotong. Haha


Malangnya, kek cawan batat.

kek cawan yang tak jadi


Memang tak ada mood nak buat decoration. Tak guna pun hias cantik-cantik kalau isi dalamnya tak seindah luarannya.


Puncanya: Seri guna tepung kek. Sepatutnya guna tepung gandum. Dalam buku ni tak dinyatakan guna tepung apa. Secara logiknya nak buat kek mesti guna tepung kek. Tepung gandum untuk buat cekodok. TETAPI Seri kurang memberi penumpuan yang buat apa guna tepung kek kalau dah letak soda bikarbonat.



tak berapa nak kreatif hias kek


Buat kali kedua baru jadi. Ikut resepi dalam rancangan APA-APA AJE. Untuk hasil yang lebih baik putar sekali vanilin dan perahan lemon di dalam gula kastor dan butter semasa membuat ising.


Untuk mengetahui fungsi pelbagai jenis tepung click di sini


p/s: Ayah dah jeling-jeling. Agaknya ayah sedang bermonolog dalam hati. Long, bila pula kau nak buat kuih tradisional ni. Asyik buat kek je.

Friday, December 11, 2009

ANCAMAN PERAGUT

Salam semua.....

Utusan Malaysia 9 Disember 2009


Banyak betul kes ragut sekarang. Selak surat khabar mesti ada cerita fasal ragut. Berita dalam tv lagi. Tu belum lagi didengar dari mulut orang ramai. Stakat ni kes yang paling kejam yang Seri tahu ialah kes ragut sehingga mengkibatkan kematian penunggang motosikal dan kecederaan parah isterinya yang menjadi pembonceng pada hari Isnin yang lalu. Agaknya meragut telah menjadi aktiviti yang tidak bermoral yang kian menjadi tempat oleh mereka yang ingin mendapatkan duit dengan mudah.


Peragut seolah-olah menjadikan meragut sebagai suatu kerjaya pula. Punya banyak pekerja halal yang boleh dilakukan, meragut juga yang dipilih. Firman Allah dalam Al-Quran:

Wajib untuk mencari pekerjaan yang baik agar hasil usahanya halal, sebagaimana yang disyariatkan dalam Al-Quran yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu…..(Al-Baqarah:172)


Mata peragut cukup peka dengan beg tangan dan rantai emas. Pantang nampak peluang pasti tak akan dilepaskan. Padahal dalam beg tangan tu bukan ada duit atau barang berharga pun. Macam kes yang pernah Seri baca dalam surat khabar. “Seorang wanita tua meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah diragut. Menurut keluarga mangsa beg yang diragut hanya berisi telekung.” Kerana telekung nyawa tergadai. Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka tak fikir ke kalau mak, isteri atau saudara perempuan mereka sendiri menjadi mangsa ragut bagaimana pula agaknya perasaan mereka.


Walaupun peragut lebih menyasarkan perempuan sabagai mangsa namun lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa. Bila difikirkan takut pula rasanya. Mungkin selepas ini Seri berfikir 10 kali dulu sebelum jalan berseorangan di Taman Universiti. Tapi kadang-kali ada tuntutan yang memaksa kita. Dari dulu jenayah ragut telah ada tapi akhir-akhir ini macam dah teruk sangat. Siap ada iklan ragut sebagai usaha menyedarkan peragut dan ingatan kepada orang awam supaya lebih berhati-hati, tajuk utama akhbar dan ada ura-ura akan dibentangkan di kabinet.



p/s: Balasan Allah pasti akan tiba.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator