Pages

Friday, December 11, 2009

ANCAMAN PERAGUT

Salam semua.....

Utusan Malaysia 9 Disember 2009


Banyak betul kes ragut sekarang. Selak surat khabar mesti ada cerita fasal ragut. Berita dalam tv lagi. Tu belum lagi didengar dari mulut orang ramai. Stakat ni kes yang paling kejam yang Seri tahu ialah kes ragut sehingga mengkibatkan kematian penunggang motosikal dan kecederaan parah isterinya yang menjadi pembonceng pada hari Isnin yang lalu. Agaknya meragut telah menjadi aktiviti yang tidak bermoral yang kian menjadi tempat oleh mereka yang ingin mendapatkan duit dengan mudah.


Peragut seolah-olah menjadikan meragut sebagai suatu kerjaya pula. Punya banyak pekerja halal yang boleh dilakukan, meragut juga yang dipilih. Firman Allah dalam Al-Quran:

Wajib untuk mencari pekerjaan yang baik agar hasil usahanya halal, sebagaimana yang disyariatkan dalam Al-Quran yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu…..(Al-Baqarah:172)


Mata peragut cukup peka dengan beg tangan dan rantai emas. Pantang nampak peluang pasti tak akan dilepaskan. Padahal dalam beg tangan tu bukan ada duit atau barang berharga pun. Macam kes yang pernah Seri baca dalam surat khabar. “Seorang wanita tua meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah diragut. Menurut keluarga mangsa beg yang diragut hanya berisi telekung.” Kerana telekung nyawa tergadai. Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mereka tak fikir ke kalau mak, isteri atau saudara perempuan mereka sendiri menjadi mangsa ragut bagaimana pula agaknya perasaan mereka.


Walaupun peragut lebih menyasarkan perempuan sabagai mangsa namun lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa. Bila difikirkan takut pula rasanya. Mungkin selepas ini Seri berfikir 10 kali dulu sebelum jalan berseorangan di Taman Universiti. Tapi kadang-kali ada tuntutan yang memaksa kita. Dari dulu jenayah ragut telah ada tapi akhir-akhir ini macam dah teruk sangat. Siap ada iklan ragut sebagai usaha menyedarkan peragut dan ingatan kepada orang awam supaya lebih berhati-hati, tajuk utama akhbar dan ada ura-ura akan dibentangkan di kabinet.



p/s: Balasan Allah pasti akan tiba.

3 comments:

wanjb84 said...

yg wat keje ni sume xpk pnjg..
tau nk cpt sng je..
tgu jela balasan kat akhirat nnt..

ayisy said...

salam. sekarang nih tgh hot cerita pasal ragut. memang kurang asam punyer peragut. Ckup sifat tubuh badan taknak kerja. Lagipun meragut tu bukannya berbaloi. Silap2 dapat rm5 jek. Baik pergi rompak bank. Huhu...

Seri said...

wanjb84:
peragut ni tak cukup masa nak fikir agaknya atau memang dah bebal makan duit haram

ayisy:
kalau mak atau adik-beradik peragut jadi mangsa baru dia tahu betapa geramnya kita kepada para peragut ni

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator