Pages

Monday, November 02, 2009

MAKANAN SOJAR

Salam semua.....


Makanan tentera semasa operasi


Kalu makanan yang bese kita makan boleh tahan sehari jer, masak hari ni esoknya dah basi. Tapi makanan tentera expire date die 3 tahun. Giler... petikan dari sini


Ishhh, jangan cakap gila.


Makanan tentera (negara luar)


Dengan teknologi retort pouch makanan boleh disimpan sehingga dua tahun atau lebih. Bayangkan kari yang mak kita masak boleh tahan dua hari (bergantung kepada penyimpanan) tapi dengan teknologi pemprosesan makanan jangka hayat kari dapat bertahan dalam tempoh yang lebih lama.




Bungkusan berwarna hijau gelap (uncang retort) untuk mengisi makanan askar diperbuat daripada 3-4 lapisan poliyester, lapisan nipis aluminium poliolefin dan nilon yang dipetri pilin-pilin.

  • Lapisan poliyester untuk kekuatan
  • Lapisan nipis aluminium- untuk kawalan kelembapan
  • Lapisan poliolefin – lapisan yang bersentuh dengan makanan


Makanan diisi ke dalam uncang retort (retort pouch). Kemudiannya, di proses dalam retort selama 20-30 minit pada suhu 121°C hingga 135 °C menggunalan alat retort (steriliser). Sebelum dipetri haba – udara dalam ruang disedut keluar, disejukkan dan di bungkus dalam kotak.


Jika dahulu makanan askar disimpan di dalam tin. Namun kini dengan retort pouch masa memproses makanan lebih cepat daripada tin. Kualiti makanan lebih baik berbanding makanan dalam tin. Boleh dibuka dengan senang, ringan dan menjimatkan ruang.


Maju bukan? Malahan sejarah pengetinan bermula apabila Emperor Napoleon Bonaparte menawar ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengawet makanan untuk memastikan tenteranya dapat makanan seperti daging, sayur-sayuran dan susu dengan dalam keadaan baik dan berkualiti.



p/s: Teknologi termaju dan tercanggih adalah dalam bidang ketenteraan.

3 comments:

acha said...

aku dah muak makan benda 2. awl2 sdp la. tapi lau 3 hari mkn benda yg sama, lebih baik x yg mkn la. rasa ubat... bek makan nasi lemak aku...

www.4-1nlab.blogspot.com

Seri said...

patut la ayah Seri kata babun lagi sedap

rasa makanan tu not bad

kudabesi said...

mmg dia letak chemicals pun kalau tak payah gak nak tahan lama

kalau sape masuk ifantri cam Melayu ngan Renjer..makan hasil buruan nih mmg dah biasa

sbb dorg kerap operasi

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator