Sempat juga Seri membaca buku di atas ni walaupun sibuk dengan tugasan yang perlu dihantar sebelum cuti raya. Buku ni Seri pinjam dari seorang kawan. Kali pertama baca karya Hamka yang diterbitkan.
Surat cinta versi Seri....................
Assalamualaikum
Buat kekasih hati Seri,
Ingin saya ungkapkan rasa hati ini kepada awak yang selama ini saya pendamkan dari pengetahuan awak. Cinta saya tak seagung Romeo dan Juliet, tak sehebat Uda dan Dara, tak segah Lela dan Majnun yang selalu disebut orang.
Mungkin awak tak pernah mendengar saya mengungkap janji-janji manis kerana saya tidak mahu awak mengharap sesuatu yang saya sendiri tidak pasti.
Saya jarang menggungkap kata-kata cinta kerana takut mengganggu fikiran awak, terus teringatkan saya sedangkan banyak hal yang lagi penting selain itu.
Bukan saya takut untuk bermimpi dengan awak kerana kita cinta kita wujud di dunia bukan seperti dalam cerita dongeng atau novel-novel cinta.
Andai saya pergi dahulu, usah awak tangisi. Jangan ragu-ragu memberi cinta awak kepada gadis lain. Biarkan cinta dalam hati awak terus mekar.
Andai hubungan kita putus di tengah jalan saya mohon jangan dicanang kisah kita. Cukup saya, awak dan DIA saja yang mengetahui. Anggap saja tiada jodoh antara kita.
Terima kasih atas kasih sayang awak. Maafkah salah silap saya. Sesungguhnya saya tidak berhak terhadap diri awak.
Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.
Salam sayang,
SERI
p/s: Petang ni Seri balik beraya.
2 comments:
dah lama beli buku ni.
tapi tak pernah habis baca.
huhu.
oh babak surat di dalam buku itu sangat romantis! =)
Post a Comment