Pages

Sunday, September 27, 2009

MEMETIK BUNGA DI TAMAN

Salam semua...

Merisik, bertunang, ijab dan kabul....

Masa SPM ada belajar bab risik, tunang dan nikah dalam subjek Pendidikan Islam. Walaupun bertunang bukan perkara wajib tapi bagi Seri elok bertunang dahulu. Rasulullah juga bertunang dengan Aisyah ra. (Sahih al-Bukhari)


Tahniah buat sepupu Seri, Nurul Hidayah (Kak Dayah) yang telah bertunang dengan jejaka idamannya pada sabtu yang lalu.


Gambar di majlis pertunangan Kak Dayah:


Rombongan pihak lelaki


Ingin memetik bunga di taman


Sepupuku kini tunang orang


Bergambar dengan Kak Dayah dan Mak Teh


Pesanan buat lelaki:

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari : “Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya.”


Pesanan untuk wanita:

Sabdakan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : “Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini.”


sumber:

http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/23/hukum-bertunang/



p/s: Tersedak Seri bila Kak Dayah kata “Lepas ni tunggu Seri pula”

2 comments:

Shin Chan Comel said...

wah,nmpknye awk ni pun xsabar nk btunang ek..hehe

Seri said...

bukan tak sabar nak bertunang. tak sabar nak habiskan degree ini cepat.

entri yang berkaitan:
http://selendangkapas.blogspot.com/2009/08/if-you-love-somebody.html

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator