Sesungguhnya ’Kawan Ketawa Senang Dicari Kawan Menangis Sukar Sekali’
Oleh itu berhati-hatilah tika memilih kawan:
Dalam Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, yang bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
Salah satu dari 25 nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
Menguji kawan sendiri seperti nasihat Luqman Al-Hakim?
Salahku, ketidak sengajaanku......... secara tidak langsung menguji dia dan diriku
Aku tahu kau kecewa denganku.
Sedikit marah denganku.
Namun kau tetap bermanis muka denganku.
Lalu kau nasihatkanku agar lebih berhati-hati selepas ini.
Terima kasih.......
Kau pinjamkan telingamu
Supaya aku boleh meluahkan segala masalahku kepadamu
Kau pinjamkan tanganmu
Kerana aku selalu tidak berhati-hati ketika melintas jalan
Kau pinjamkan bibirmu
Supaya aku boleh mendengar nasihat darimu
Kau pinjamkan kakimu
Agar langkahku lebih tersusun menempuh hari-haru mendatang
Kau pinjamkan semangatmu
Agar aku tidak putus asa dengan cubaan dunia
saya dan kawan saya
Kau memberikan waktumu untukku
Kau kongsi kegembiraanmu denganku
Kau selalu hadir tika aku memerlukanmu
Bersyukur aku dipertemukan denganmu
Semoga persahabatan kita kekal hingga di akhirat sana
0 comments:
Post a Comment