Pages

Saturday, August 01, 2009

MEOW.......garfield atau hello kitty?


Hari itu hujan turun dengan lebat. Kedengaran bunyi kucing yang mengiau di luar rumah. Si anak (dinamakan man) memberanikan diri membuka pintu dalam suasana yang kelam. Hanya lilin menerangi mereka sekeluarga setelah berlaku black out sebentar tadi. Keadaan kucing itu sungguh menyedihkan. Badannya yang amat kurus sehinggakan apabila ditolak dengan jari saja mampu menjatuhkannya. Ini ditambahkan lagi dengan kakinya yang tempang (ada kesan luka). Si anak merasa simpati melihat kucing tersebut. Bau kurang enak, segala kekotoran yang melekat di tubuh kucing tidak dihiraukannya.


Diberi makanan, dimandikan, disapukan ubat pada kaki yang luka. Si ayah melihat tingkah anak yang kusyuk melayan tetamu yang tidak diundang. Tiba-tiba ayahnya bersuara.

Ayah: Pergi buang kucing tu. Man (anak) tahu ayah tak suka kucing.

Man: Kasihan kucing tu.

Ayah: Ayah kata buang.

Man berlalu dengan perasaan hiba. Rasa sayang menyelinap dalam diri anak kecil itu.


Man: Ayah, jom kita pergi Jusco

Ayah: Pergi bersiap sekarang.

Si ayah hanya menunggu man dan emaknya di kereta.

Ayah: Kenapa lama sangat ni. (monolog)

Rupa-rupanyanya man dan emaknya pergi ke farmasi untuk membeli ubat untuk kucing dan makanan kucing.


Man: Ayah, jom kita pergi Kit Mart (pasaraya)

Ayah: OK

Si ayah melihat Man memegang sesuatu. Itu sangkar kucing.

Ayah: Man pegang apa tu?

Man: Tak ada apa


Sebulan berlalu. Perbezaan yang cukup ketara pada fizikal kucing yang dipelihara Man. Kucing yang montel, bulu yang lebat dan bersinar. Tiada lagi bau-bau yang kurang enak. Kucing liar tadi menjadi semakin manja dengan penghuni rumah tersebut kecuali si ayah.


Ayah: Man, cuba tengok kat depan tu. Ayah rasa macam terlanggar kucing tadi.

Man terus meluru keluar. Dicarinya kucing kesayangan.

Man: Ayah tipu. Kucing tak mati pun. Ni ada.

Man mendukung dan mengusap bulu kucing beberapa kali.


Si ayah hanya ingin menduga anaknya. Sejauh mana rasa kasih Man terhadap haiwan. Ternyata Man lulus dalam ujian itu.



p/s: Nanti Seri nak bawa kucing sebagai set induksi tajuk HAIWAN KESAYANGAN dalam bengkel KHB. Sesuai ke?

5 comments:

din3187 said...

sesuai...memang sesuai..kena cari idea menarik untuk buat orang terpegun.. :)

putra said...

yerla cik seri, inilah junior kamu yg sedang LM..tak best langsung..lambatnya habis LM..

ayisy said...

Sesuai.. :) Belajar kat UTM eh.. :)

Hazari. said...

wah, kucin tu comey. sry lmbt rep. 2-3 hri ni busy sket. heehee.

Cik Seri said...

din3187:
betul tu. idea yang menarik dapat menarik perhatian murid.

putra:
cepat2 cari semangat nak mengajar. 'guru raja dalam kelas' kamu yang akan membantu rakyat jelata. tanggungjawab tu....

ayisy:
yup. seri belajar kat utm.
pendidikan KH

Hazari:
sekolah lagi dah ada blog sendiri.
bagus2. .

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator