Anda hanya perlu pilih effect yang yang nak. Uploadkan gambar sendiri. Click kanan dan save as gambar tersebut.
Percubaan Seri yang pertama
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka)
Tolong lah.... orang lain yang menjadi mangsa
Tak perlu lagi dikhabarkan tentang bahaya rokok. Langkah mencetak gambar kesan negatif rokok pada kotak rokok tidak mampu mengubah pendirian si perokok. Letak berapa pun harga rokok pasti mereka sanggup membayarnya. Dari murid sekolah rendah hingga ke warga tua. Jika anda tidak sayangkan diri anda fikirkan pula mereka yang berada disekeliling anda. Mereka tanpa rela telah menjadi perokok pasif.
Siapa Itu Perokok Pasif?
Perokok pasif ialah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Asap rokok yang dibebaskan ke udara ini dikenali sebagai 'Asap Tembakau Persekitaran' (ETS- Environmental Tobacco Smoke).
Mengapa Perokok Pasif Dalam Bahaya?
ETS lebih merbahaya daripada asap utama yang disedut oleh perokok kerana terapung di udara beberapa ketika.
Bukan perokok yang terdedah kepada ETS di tempat kerja bolehlah disamakan dengan menyedut 5-6 batang rokok setiap hari.
Wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi mendapat barah paru-paru. Peratusan ini meningkat bergantung kepada jumlah rokok yang dihisap oleh sang suami dalam sehari.
Perokok pasif juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar.
Pendedahan ETS kepada kanak-kanak berumur
Kesan pendedahan asap rokok kepada kanak-kanak termasuklah jangkitan telinga, jangkitan saluran pernafasan dan sindrom kematian bayi secara mengejut (sudden infant death syndrome, SIDS).
Sumber:
http://www.prn2.usm.my
Pasti anda pernah mendengar kata-kata ini.
Mak tak makan sayur.
Ayah tak makan sayur.
Menyuruh anak makan sayur tetapi diri sendiri tidak mampu menelan sayur.
Opss! Mungkin anda salah seorang daripada mereka yang tidak makan sayur.
PEMAKANAN SEIMBANG KANAK-KANAK
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Bimbinglah kanak-kanak soal pemakanan mereka.
Tidak perlu menyekat tetapi mengawal.
Nanti jakun pula budak tu tak pernah jumpa jajan.
Kesihan mereka tidak berpeluang menikmati makanan ringan.
Anda masih boleh membawa mereka ke restoran makanan segera.
Menikmati aiskrim, coklat dan snek.
Tetapi awasi kuantiti dan jenis snek yang mereka makan.
Makanan ringan yang digalakkan
Anda cukup kenal dengan piramid makanan, jenis makanan dalam setiap kelas, nutriennya, fungsinya. Pemakanan kanak-kanak juga masih berteraskan piramid makanan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya memasak di rumah kerana dapat mengawal kuantiti garam, gula dan mengelakkan penambahan perasa dalam makanan selain lebih bersih dan segar.
Panduan penyediaan makanan kanak-kanak:
Hidangkan makanan yang beranika tekstur, rasa dan warna. Yang paling penting menarik.
Gunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk.
Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan.
* jangan gantikan pengambilan ayam dan daging dengan nuget, daging burger.
Lebih ¾ daripada bahan yang digunakan untuk membuat nuget dan daging burger adalah kulit dan daging yang tersisa pada tulang. (hampas) Adalah lebih baik anda menggantikan daging burger yang telah siap dijual di pasar raya dengan daging hancur.
p/s: Cik Seri bukan pakar pemakanan, bukan doktor, bukan nurse, belum berkahwin dan sudah tentu belum punya anak. Cuma prihatin soal pemakanan kanak-kanak. Kalau dah besar tu masing-masing boleh fikir sendiri.
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....
Tetapi amat menyedihkan apabila baru-baru ini negara dikejutkan dengan insiden dua ibu hamil yang terkorban setelah menjadi mangsa jenayah ragut ketika menunggang motosikal. Pada 5 Mei, Jamilah Selamat, 31, yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma dua hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Batu Pahat, Johor. Sehari selepas itu, Saripah Mohd. Noor, 34, yang hamil empat bulan meninggal dunia apabila dirempuh kereta setelah diragut ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan.
Betapa jenayah ini amat serius. Tidakkan mereka fikir sekiranya hal yang sama terjadi pada ibu, isteri, kakak, atau orang yang mereka sayangi. Atau rasa kasih itu tenggelam oleh nafsu dunia yang semata-mata yang berteraskan wang. Semoga peragut ini menerima hukuman yang setimpal.
Tinggalkan sekejap America Top Model tu. Nanti boleh sambung lagi.
Rancangan apa tu?
America Inventor merupakan sebuah rancangan realiti TV yang bertujuan mencari America’s best inventor.
Jom layan.....
Terima kasih kepada pensyarah Industrial Design Cik Seri yang telah mempelkenalkan rancangan ini. Kebetulan pada semester tersebut juga Cik Seri ada ambil subjek asas rekacipta. Semester depan ada lagi subjek reka cipta.
p/s: Mana tahu nanti di sekolah kena mengajar subjek reka cipta. Memang kebarangkalian itu ada.
Cik Seri pernah menanyakan kawan-kawan Cik Seri mengenai hal ini. Ramai diantara mereka tidak pernah menderma darah. Ada juga yang berhajat untuk tidak menderma darah sepanjang hayat mereka.
Di Malaysia
Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pendermaan darah amat rendah.
Nisbah penderma darah
Sekarang: 2:1000
Sasaran : 50:1000 iaitu (5%)
Statistik:
2004 : 447,687 units
2007 : 507,808 unit
* peningkatan sebanyak 13% dalam 3 tahun
Setiap hari sebanyak 400 – 500 unit darah diperlukan
Keperluan darah:
-kemalangan
-pembedahan
-penyakit
Amaran:
Jangan menderma darah sekiranya anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Tanpa sokongan dari orang ramai adalah mustahil pihak Pusat
p/s: Menderma darah seharusnya menjadi tanggungjawab setiap anggota
Sumber:
www.moh.gov.my/MohPortal
Semua penipu. Mana ada orang senang-senang nak bagi duit. Katanya ingin tolong. Dah kaya sangat ke orang tu?
Tu la tamak sangat. Nak jadi bos, kerja malas, duit nak. Percayakan sistem piramid yang terang-terang merugikan dan entah apa macam skim yang sewaktu dengannya.
Baik jual burger je.
Burger bukan sebarang burger ini Otai Burger (salah satu contoh peniagaan francais)
Kali ini Cik Seri bukan nak cerita mengenai Otai Burger tapi perniagaan francais.
Franchising is a form of business organization in which a firm that already has a successful product or service (franchisor) licenses its trademark and method of doing business to other business or individual (franchisee) in exchange for a franchise fee and an ongoing royalty payment…. -Nota lec, tak tahu dia dapat dari mana-
Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membangunkan seramai 1,200 francaisi dan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, sasaran yang telah ditetapkan ialah seramai 1,000 francaisi. Kerajaan pun menyokong bertambah kepercayaan terhadap perniagaiaan francais.
Anda perlu membeli lesen dan membayar modal perniagaan kepada franchisor. (modal sendiri) Franchisor akan menguruskan segalanya pada awal penubuhan syarikat.
Contoh: lesen perniagaan, latihan mengurus perniagaan, latihan pekerja (pekerja cari sendiri), membekalkan bahan mentah, tempat perniagaa, promosi, sokongan dan lain-lain.
Namun anda perlu membayar yuran bulanan/tahunan. Keuntungan bersama (mengikut perjanjian) Mengurus perniagaan sendiri. Tidak boleh sesuka hati membuat keputusan namun boleh berbincang dengan franchisor. Setelah latihan diberikan franchisor hanya akan memantau sekali sekali. Sekiranya perniagaan gagal franchisor tidak akan bertanggungjawab. Yuran tetap perlu dibayar walaupun syarikal mengalami kerugian.
Konsep perniagaan ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai pengalaman dan kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Franchisor bukan parasit. Diingatkan anda perlu bijak memilih franchisor kerana ini merupakan langkah pertama perniagaan anda.
p/s: Maklumat lanjut... gunakan search engine yang ada didepan mata anda.
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "