Pages

Saturday, May 30, 2009

ORANG LAIN YANG MAKAN NANGKA, ORANG LAIN YANG KENA GETAHNYA


Tolong lah.... orang lain yang menjadi mangsa


Tak perlu lagi dikhabarkan tentang bahaya rokok. Langkah mencetak gambar kesan negatif rokok pada kotak rokok tidak mampu mengubah pendirian si perokok. Letak berapa pun harga rokok pasti mereka sanggup membayarnya. Dari murid sekolah rendah hingga ke warga tua. Jika anda tidak sayangkan diri anda fikirkan pula mereka yang berada disekeliling anda. Mereka tanpa rela telah menjadi perokok pasif.



Siapa Itu Perokok Pasif?


Perokok pasif ialah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Asap rokok yang dibebaskan ke udara ini dikenali sebagai 'Asap Tembakau Persekitaran' (ETS- Environmental Tobacco Smoke).



Mengapa Perokok Pasif Dalam Bahaya?


ETS lebih merbahaya daripada asap utama yang disedut oleh perokok kerana terapung di udara beberapa ketika.


Bukan perokok yang terdedah kepada ETS di tempat kerja bolehlah disamakan dengan menyedut 5-6 batang rokok setiap hari.


Wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi mendapat barah paru-paru. Peratusan ini meningkat bergantung kepada jumlah rokok yang dihisap oleh sang suami dalam sehari.


Perokok pasif juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar.


Pendedahan ETS kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah meningkatkan lagi berlakunya asma jika ibubapa menghisap 10 batang rokok atau lebih.


Kesan pendedahan asap rokok kepada kanak-kanak termasuklah jangkitan telinga, jangkitan saluran pernafasan dan sindrom kematian bayi secara mengejut (sudden infant death syndrome, SIDS).




Sumber:

http://www.prn2.usm.my

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator