Pages

Sunday, May 10, 2009

DUNIA BARU

Alhamdulillah Cik Seri selamat berpindah kolej. Lega rasanya. Separuh barang simpan dalam stor separuh lagi dibawa ke kolej baru ni. Ramai juga yang berurusan di pejabat kolej. Agak kurang mesra rakyat. Think positive Cik Seri mungkin dia penat. Biarlah janji semuanya selamat.



Kunci baru dan kunci lama


Perbualan Cik Seri & kerani pejabat yang sempat dirakam.
Kerani pejabat: Awak dah pulang kunci? Kena pulang kunci bilik lama baru dapat kunci baru di sini.
Cik Seri: Dah (sambil leka memandang sekeliling pejabat, almaklum ni 1st time datang sini)
Kerani pejabat: Awak dah pulang kunci?
Cik Seri: Dah
Kunci bertukar tangan
Tingkat tiga... naik tangga...tak de lif...rendah lagi tu

Perbualan Cik Seri & Zu yang sempat dirakam.
Cik Seri: Zu 2X orang tu tanya aku dah pulang kunci ke belum. Macam tak percaya je dia dengan aku.
Zu: Kau tu tipu muka tak confident
Cik Seri: Muka suci yang tak pandai tipu la Zu. hehe
Zu: Ye la tu
Bukan saja-saja je nak tipu. But I need both of them.




Meja belajar di kolej baru


Disebabkan semua kawan Cik Seri dah ada partner sebilik Cik Seri memilih untuk menyewa bilik single. Beza 50 sen sehari. Duduk sini pun sampai 20 Jun lepas tu kena pindah kolej asal. Alahai kejapnya duduk sini. Ingatkan sampai habis LI. Biliknya memang luas. Siap boleh main tenteng lagi. 1st time duduk bilik single kalau status single tu memang lama pegang.



Wireless UTM


Kalau dulu di kolej lama Cik Seri guna internet pakai LAN network cable tapi di sini tak de tempat yang nak cucuk tu. Masa angkut barang tadi ada nampak satu benda tu. Memang buat cik Seri tersenyum riang. Sebab... mesti ada wireless di sini. Apa lagi lepas angkut barang terus cuba. Masukkan username, password.




kelajuan kereta kancil atau ferrari?




LAN network cable Cik Seri yang dipandang sepi. Jangan merajuk tau bukan melupakan kerana kamu pasti akan digunakan lagi selepas 20 Jun nanti.




Perkhidmatan internet percuma.


Cik Seri terpandang wayar yang terjulur ni. Dinding yang berhadapan dengan bilik Cik Seri. Bukan satu tapi lima wayar. Tak kan kabel telefon kot. Potong benda putih tu bawa masuk bilik satu. Aik! Tamak betul Cik Seri ni.

Macam sedih je orang lain cuti semester kita tak balik. Ada komitmen katakan. Tapi hari ni lain pula. Macam buka semester pun ada juga. Masing-masing sibuk angkut barang pindah bilik. Wah meriah la kolej ni. Tak risau sangat soal keselamatan. Majoriti di sini yang ada LI, short sem dan MASUM.


p/s: Pensyarah Cik Seri pernah kata, kehidupan di kampus merupakan kenangan yang terindah. Lepas habis nanti kamu pasti merindui saat-saat tu.

2 comments:

kudabesi said...

nak main tenteng dalam bilik ke? bagitau felo hehe

Seri said...

aik! salah ke main tenteng dalam bilik?

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator