Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Oh, alangkah gembiranya jika 'papaku belikan kereta'.
Terasa kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit.
Malu sih hidup menumpang. Rasa macam hilang upaya. Menyusahkan orang. Sedangkan Seri ingin hidup berdikari. (mungkin juga ego) Tak suka rasa begini. Bukan sombong tapi segan nak menumpang. Bagi Seri suatu yang normal orang yang baru bekerja merasa susah. Tambahan pula hanya kerja sementara.
Tak ada masalah pun ulang-alik ke sekolah naik bas. Tapi setiap kali ada cikgu tanya Seri pergi sekolah naik apa mesti mereka cadangkan untuk tumpang mana-mana cikgu yang tinggal Tampin. Seri hargai keprihatinan rakan sekerja tapi kita punya pilihan bukan.
Zaman sekarang motor, kereta dah jadi satu keperluan sama seperti makan pakai.
Masa darjah 1 Seri tertinggal van ke sekolah. Terpaksa menumpang jiran. Masa darjah 6 menumpang lagi. Ada kelas tambahan hari Sabtu pagi. Naik motor 3 orang. Seri, anak jiran yang sebaya dan jiran. Dah meninggal pun jiran Seri tu. Terima kasih pak cik. Budi baik pak cik Allah sahaja dapat membalasnya.
Masa belajar kat UTM ada juga minta motor tapi tak dapat. Oh, minta dengan air liur mana nak dapat. Mak pesan jangan bandingkan keluarga orang lain dengan keluarga Seri tapi itulah yang Seri suka buat. Bas UTM memang ada tapi faham-faham saja. Untuk ulang-alik ke fakulti memang banyak. Untuk ke destinasi lain? Ke bengkel, ke ladang, untuk buat projek luar. Huh, menjadi satu masalah. Tengok orang lain naik motor hati terasa lain. Macam keluar tanduk kat kepala. Kita jalan kaki. Dia naik motor, naik kereta. Tiba-tiba rasa rendah diri. Tu yang positifnya, yang negatif.... Kalau UTM macam UPSI boleh juga Seri beli basikal sebab bentuk muka bumi kat sana rata tak bergunung-ganang macam UTM.
10, 15 tahun dulu pun sama. Mak ayah balik kampung naik motor, Seri dan adik lelaki naik bas. Masa tu adik perempuan tak ada lagi. Ayah ajar nanti nampak bangunan tu tepi jalan tekan loceng. Bas berhenti maka turunlah Seri dan adik. Rumah atok nenek kemain jauh dari jalan besar. Jalanlah kami dua beradik. Setiap kali orang kampung nampak kami mesti cakap. 'suruhlah bapak kau beli kereta'. Seri diam saja waktu tu malas nak jawab. Kumpul tenaga perjalanan masih jauh.
Bukannya Seri nak menggungkit kisah-kisah lalu. Semua tu buat Seri terfikir betapa perlunya ada lesen ada kenderaan sendiri dan betapa ruginya perempuan yang semata-mata bergantung pada laki dan betapa beruntungnya anak bongsu kerana lazimnya tak merasa kepayahan kakak dan abang mereka.
Kereta dalam senarai teratas untuk dibeli bila sudah posting. 6 bulan pertama memang kau-kau jimat buat bayar muka kereta. Lagi banyak lagi bagus kurang sikit ansuran bulanan.
p/s: Saya bukan puteri raja semua ada depan mata. Saya bukan anak hartawan apa sahaja mampu ditawan.
8 comments:
kdg2 ada btulnya c bongsu x rasa apa yg abg kkak rasa.
zaman pun dah berbeza. jarak Seri dan adik bongsu 10 tahun
dulu tak kisah pun kalau naik bas awam, tapi sekarang memang kisah sungguh..nak naik bas balik kampung pun dah rasa gerun..
sgt setuju u..
lesen harussss ader :)
Edi->
tu la. banyak sangat kes kemalangan melibatkan bas express
She is f.A.z.A->
yup. lesen dan kenderaan sekali. baru lengkap
lesen takde pon slmba badak je bawa..mcm ganster jalanan
dah eksiden baru tahu. tak dapat pembelaan. mati katak la jawabnya
memg betul lah.zaman skrg transportation ni penting..memandangkan transportation awam tak begitu memuaskan ye dak..
Post a Comment