Pages

Sunday, October 31, 2010

MAHU BERGAYA JUGA

Salam semua.....


Jika keluar berjalan-jalan, bersiar, ke pekan Seri lebih selesa pakai t-shirt lengan panjang, seluar jeans, dan tudung 4 segi sama (tudung bawal). Jarang nak pakai blaus atau kemeja. Seri tak suka pakai baju berlapis-lapis. Apatah lagi nak pakai cardigan, vest, jaket atau t-shirt lengan pendek yang kena pakai handsock. Macam lemas je. Lagipun kebarangkalian nampak ketiak tinggi kalau dok mengangkat tangan.


Mungkin juga satu tindakan yang selamat sebab Seri sememangnya tak reti nak berfesyen. Stail tudung pun tak berubah dari dulu sampai sekarang. Bukan Seri tak pernah cuba pakai selendang/shawl. Geli weh dok berselirat kat tengkuk. Tak selesa. Nak pakai pun mengambil masa. Tengok orang lain pakai nampak cantik je tapi bila diri sendiri cuba macam tak elok.


Masa belajar dulu ada kawan sekuliah Seri tegur.

“Kau ni asyik pakai baju kurung je pergi kelas. Cuba berfesyen sikit. Tengok kawan kita tu lagi tua dari kau. Tengok yang tu pula, badan macam ni (straight, tak ada cutting) masih boleh bergaya…..bla.bla.bla”. Alamak, dah tersilap tempat duduk. Lecturer lambat pula masuk. Tak fasal-fasal dapat nasihat perunding imej tak bertauliah dari lelaki lembut.


Balik rumah

Kalau Seri pakai blaus atau kemeja mak bukan main lagi puji. Tapi bila Seri pakai t-shirt sebelah mata pun dia tak pandang. Katanya nak tengok juga anaknya bergaya.


Pakai t-shirt nampak selekeh ke?

Entah, tak dapat Seri menjawabnya.



-*****-


Wah, dah lama Seri tak shopping. Selama ni hanya window shopping. Sekali beli 4 helai baju. Bagi Seri banyak tu. Perempuan mana tak suka shopping. Lelaki juga ada yang kaki shopping. Yang penting tak lebih dari bujet yang ada. Bujet semalam RM150. Tak rancang pun. Semalam adik lelaki balik dapatlah berjalan jauh sikit. Kali ini kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah.


Kali ni Seri beli baju lain dari kebiasaannya. Cukup kot koleksi t-shirt yang ada. Mak kata elok. Harga pun berpatutan. Cuma mak pesan. “Jangan tak pakai pula”



Mujur tak lari bujet. Ada lebih nak beli cardigan.


Dua baju yang bawah Seri nak pakai dengan cardigan. Baru nak mencari. Seri mana ada sehelai cardigan pun sebelum ni. Kalau dapat macam gambar di bawah pun ok gak.



cardigan yang berwarna putih dalam gambar (sumber)


Tak dapat cardigan, bolero pun ok juga


bolero yang berwarna putih dalam gambar (sumber)


Masa tengah beratur adik lelaki hulur spender dia dan duit suruh Seri bayarkan sekali. Sebelum ni dia minta tolong mak Seri belikan sebab katanya segan casher yang jaga kaunter biasanya perempuan. Kali ni Seri pula yang segan sebab casher lelaki. Dia entah mana hilang. Sabar je lah.



p/s: Pakai t-shirt juga yang best.

16 comments:

❤ winter ツ said...

haishh same la kita nie seri :(
kawan2 huzmet kyu lagi la..diorg ni sume jenis fashionista! T__T
lagi la diorg bebel kat kyu hari2!
fed up kyu...keke

kyu ni jenis simple je. malas nk amek kire sgt org ckp ape..
tp..
bila da hari2 kena sound..
terpaksa lew..
nak2 diorg suh blaja pakai ini, pakai itu, mekap ini, mekap itu..
hehe

diba said...

i like cardigan;)

Azuan said...

cardigan tu jenama ke???

Seri said...

kyu->
mereka sebenarnya prihatin terhadap kita huzmet kyu. cakap depan2 bagi nasihat bukannya mengumpat kat belakang. beruntung kan

diba->
diba mesti banyak koleksi cardigan

Azuan->
cardigan adalah sweater yang terbuka di bahagian depan, bukannya jenama

sumber: http://rumahoutlet.blogspot.com/2008/12/apa-itu-cardigan.html

Tijah said...

ko sbn ko dik? duduk mano?

Seri said...

duduk Tampin

Un Phat Lee said...

perempuan perempuan.hehe :P

Seri said...

biasa la tu. tak ada apa yang peliknya

Beruwang said...

wah lepas ni cik gu bergaya la erk.. bagi uncle pakai lah apa feysen cuma jangan menampak kan susuk tubuh sudah la ..

Kak Amy said...

i like cardigan...

Seri said...

ber_u_wang->
x juga sebab t-shirt juga pilihan hati

Amy Syaquena->
Seri baru nak mula suka2. harap suka tu tahan lama

F. said...

seri, asal kiter selesa tu lagi penting..

p/s: i selesa pkai cardigan ngan tank top pjg

Anonymous said...

haritu coco pn ada bli baju mcm tu nk pkai dgn cardi knonnya. tp smpai hari ni x tpakai lg. hehehe. ^_^"

Seri said...

She is f.A.z.A->
betul tu

Coco->
jom pakai sama-sama

Unknown said...

kene masuk tangkap muat macam ni..hehe

Seri said...

ada sesiapa nak calonkan nama Seri untuk program tangkap muat

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator