Pages

Monday, November 15, 2010

HUJAN BAWA KENANGAN

Salam semua......


Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.


Hujan………….

Melarutkan nutrient yang terdapat pada tanah dan baja untuk diserap oleh akar. Seterusnya menyuburkan tanaman.


Hujan…………

Waktu mustajab untuk berdoa.


Hujan…………

Best wooo tidur. Sejuk


Hujan juga bawa kenangan.


Gara-gara hujan Seri kena marah. Hujan tak salah, Seri yang mengada dok main hujan. Siap ajak adik main hujan sekali. Apa lagi bila mak dapat tahu dari jiran. Habis siap kena ‘basuh’. Patutnya Seri sebagai kakak beri contoh yang baik. Nanti apa pula orang kata. Mak ayah pergi kerja, anak terabai. Itu yang mak tak suka nak dengar.


Niat dihati nak print PSM (projek sarjana muda). Disebabkan tak ada kenderaan Seri minta Zu tolong temankan. Naik motor dia. Sampai ke simpang terakhir tiba-tiba hujan lebat. Zu teruskan juga. Habis lecun Zu. Seri yang jadi pembonceng basah juga tapi tak seteruk Zu. Masuk kedai yang ada aircond pula. Bayangkan, baju basah terkena udara sejuk memang boleh menggigil. Rasa bersalah pula. Semuanya kerana Seri. Dia senyum je, dia kata "tak apa". Dalam hati berkata "kau sahabat sejati, kau sentiasa ada untuk aku, betapa beruntungnya aku"



air naik


Hujan masih belum berhenti. Tak sangka pula keluar tandas air naik. Tak ada pilihan, kena redah. Pijak saja lantai air terus masuk dalam kasut melalui tempat yang Seri gam. Huh, kasutku berlubang lagi. Perlu diganti. Tak lama kemudian ada pengumuman. "minta kerjasama guru-guru supaya tidak membenarkan pelajar keluar kelas". Sah, memang budak ni nak main hujan. Mentang-mentang exam dah habis. Kasut dan keinginan untuk main hujan, itu yang bermain difikiran.



Kasut kembali terjelir-jelir. Perlu diganti


p/s: Musim banjir waktu yang dikira baik memancing undi.

8 comments:

Shin Chan Comel said...

bagusnya info..baru saya tahu pulak berkenaan hal berangin & mendung tu..hujan membawa rahmat:)

p/s:seri, jangan main hujan okey:)

Unknown said...

hujan itu rahmat...
hujan itu best..leh tido..haha

Pencacai Alim said...

time hujan makan ubi kayu dn mnum air kopi..veteran siut

Seri said...

kerol->
best main hujan. rugi tinggalkan nikmat tu

E.d.Y->
betul tu. melingkau macam ular

Pencacai Alim->
tiba2 kecur air liur. sedap tu

F. said...

seri...
ntah2 cikgu seri pon main ujan sekali kot ..ngeh3

Seri said...

memang nak main hujan tapi tahan diri. hehe, habislah kalau pengetua atau GPK nampak

Un Phat Lee said...

bestnye kalau gua ade kat situ.boleh main air.hehe xD

Seri said...

kat johor x hujan ke?

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator