Pages

Saturday, November 13, 2010

JANGAN PANDANG RENDAH

Salam semua.....


Selamat maju jaya dalam MTest dan semoga dipanggil untuk temuduga KPLI. Tahniah diucapkan kepada guru sandaran tak terlatih (GSTT) anda telah maju setapak lagi dalam bidang keguruan dengan lebih serius lagi. Kepada yang tiada pengalaman tetapi punya minat menjadi guru “Selamat Datang” Seri ucapkan. Cewah, padahal surat posting Seri belum sampai lagi. Mana boleh lawan GSTT yang dah 3 tahun mengajar. Banyak pengalaman wooo.



gambar hiasan (sumber)


Ada juga tanya seorang kawan Seri yang dapat pergi Mtest bagaimana perasaannya. Katanya 1001 rasa. Dia risau sebab saudara-mara mengata. Kebanyakkan keluarga dia jadi cikgu. Masa dia ambil bidang lain di universiti ada yang bunyi “alah, nanti jadi guru juga”. Kini, dia mohon KPLI Prasekolah. Lagilah mereka merendahan. Prasekolah”

Apa yang boleh Seri katakan “Biarlah apa orang nak kata. Mulut orang susah ditutup lainlah mulut tempayan. Senang sikit kerja.”


Bagi Seri pendidikan awal sangatlah penting. Jika prasekolah dapat memainkan peranan secara optimum tiada lagi masalah buta huruf bila naik ke sekolah rendah. Bukan sekadar menghafal nombor tapi dapat beza nombor mana yang lagi besar, nombor ganjil, nombor genap. Dari mula potensi perlu dikembangkan.


Pesan Hamka “Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikirlah yang dapat menghasilkan hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi bintang pergaulan yang gemerlapan, menjadi garam, yang tanpa dia, sambal masyarakat tidak ada rasa”


Dari kecil mudah diajar. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ni masuk kelas tak reti nak ketuk pintu dulu. Nak ke tandas pula “cikgu tandas”. Apa ni? Belum lagi kes berat. Jumaat lepas ada program restu sekolah Seri untuk calon SPM dan STPM. Cara bersalam pun dah tak reti. Sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Patutnya pegang, genggam tangan cikgu tu, cium”. Ni nak sentuh pun macam geli-geli. Rasanya tak ada masalah untuk bersalam sesama jantina walaupun kita berlainan agama. Pemimpin yang berlainan negara juga bersalaman.


Mungkin dianggap remeh. Tapi di sini letaknya jati diri. Bukan dikejar akademik semata-mata. Rohani, sahsiah juga perlu dijaga. Jika tidak bermula dari prasekolah bila pula semua nilai ini nak diterapkan. Walaupun sepatutnya budaya ini sudah bermula di rumah.



p/s: Jangan pula disekolah hanya menyanyi. Ibu bapa harap lebih dari itu.

8 comments:

Anonymous said...

goodluck untuk calon2 mtest!

kudabesi said...

gud luck. kalau meja herot sory la wa tak pro susun meja utk mtest hehe..

hurm KSSR byk tekankan elemen Didik Hibur..so akan lg byk menyanyi dlm belajar

Seri said...

Mr.Ix->
good luck semua

kudabesi->
kalau nyanyi lagu rakyak, patriotik tak pe. dalam lagu ada elemen mendidik. ni nyanyi lagu 'aspalela'apakejadahnya

diba said...

all da best!

MR. SYAH said...

peranan guru tu penting..

akak pun ambil mtest aritu..

Seri said...

oh ya, good luck untuk kakak syah

Pencacai Alim said...

muet plg bosan nk ckp omputih

Seri said...

Pencacai Alim->
bosan dalam debaran

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator