Bila adik lelaki Seri pegang botol syampu warna ungu dan dengan bersungguh-sungguh dia katakan yang hendak menggunakan syampu baru berwarna biru, Seri diamkan saja. Dia mungkin telah ‘kehilangan’ beberapa warna namun tak bermakna hidupnya tidak lagi ceria. Kami sememangnya tidak menjangka sehinggalah dia balik dengan muka hampa sebab gagal dalam pengambilan tentera laut gara-gara masalah kesihatan. Ujian warna untuk buat lesen terlalu mudah untuk lepas. Tapi bila kena bezakan 20 Ishihara test. Huh… Bila Seri berseloroh kata ‘tak takut ke nanti ada rumah terbakar sebab salah warna pendawaian’. Dia cuma tersenyum.
Ishihara test
Teringat pula kisah seorang yang buta warna dalam tv. Dia terpaksa letakkan kertas yang bertulis warna baju dalam poket. Bagi si pemakai yang buta warna mungkin tak ada masalah tapi bagi mereka yang melihat dan tidak mengetahui situasi sebenar bagaimana pula. Nanti disamakan pula dengan badut.
Warna amat memainkan peranan penting dalam kehidupan. Sebagai contoh, penglihatan bayi adalah terbatas sewaktu baru dilahirkan. Jadinya, ibu bapa boleh merangsang penglihatan bayi dengan bermain dengan warna iaitu PUTIH + HITAM + MERAH. Maksud bermain di sini ialah menggunakan 3 warna tersebut pada permainan bayi, sarung bantal, baju si ibu atau ayah.
Warna juga dapat membangkitkan aura. Bila mata kita letih pandang warna hijau. Paling mudah pemandangan alam yang terbentang indah. Semasa bersekolah dulu Cikgu PKA (pengajian kejuruteraan awam) kata sebab itulah papan tanda di lebuh raya berwarna hijau manakala papan tanda di jalan biasa berwarna biru. Bangunan tadika berwarna-warna pula untuk membangkitkan suasana ceria.
Percaya atau tak warna dapat menutup kekurangan yang ada. Orang gempal yang memakai pakaian berwarna gelap akan nampak lebih kurus begitu juga sebaliknya. Jika siling rumah rendah. - cat siling menggunakan warna yang lebih terang daripada cat di dinding bagi meninggikan kedudukan siling. Kalau tak percaya boleh buka buku teks KH tingkatan 1 dan 3.
Kalau pakai baju pun perlu pandai bermain dengan warna. Seri yang dok bercerita fasal warna ni pun kurang arif sebenarnya. Untuk lebih selamat biasanya Seri pilih seluar/ kain berwarna gelap. Baju pula dari kumpulan warna-warna yang cerah. Seri jarang pakai t-shirt/ kemeja/ blaus hitam. Tudung hitam pun Seri elakkan. Teori mudah Seri, tudung putih boleh pakai untuk sebarang warna baju dan segitu juga sebaliknya. Dulu Seri terikut-ikut dengan kawan yang gemar pakai tudung putih. Lagi pun memang selamat sebab boleh pakai dengan semua warna baju tapi bila dah lama-lama Seri sendiri dah jadi bosan.
Tapi Seri tak menolak jika ada yang kurang bersetuju dengan teori di atas. ‘Cikgu tu kenapa pakai baju putih tudung hijau’. Alahai budak-budak ni. Mereka tak cakap kat depan Seri tapi adik Seri ada masa tu. Boleh jadi mata dan telinga untuk Seri. Mereka tak tahu yang kami punya pertalian. Bagi mereka warna tudung mesti sama dengan warna baju macam pakaian seragam sekolah. Padahal Seri pakai tudung hijau disebabkan teori yang selama ini Seri amalkan dan lepas kelas PJ nak tukar baju kurung yang padan dengan tudung hijau. Seri mana ada t-shirt hijau.
Warna oh warna. Jika nak bercerita sampai esok pun tak habis. Mungkin Seri tak tahu nak fokus yang mana.
11 comments:
Mmmm. betullah tu warna sangat penting dalam hidup kita.. Kasihan orang yang mempunyai masalah buta warna ni. Bersyukurlah kita yang dapat merasa nikmat keindahan warna dalam hidup kita.
Ada tak rawatan untuk buta warna setakat ini?
Kalau boleh kita nak diorang rasa sama apa yang kita rasa, boleh nampak seperti apa yang kita nampak..
saye tak rabun.. tpi kenkadg silau warne lain yg nampak nyer lain (warne yg hampir2 laa).. dah tgk betul2 bru nampak jelas warne sebenar..
Kdg2 ada gak slh pendapat ttg warna dgn kwn. Tp apapun warna dpt membangkitkn semangat dan pndgn mata mengikut warna2nya.
Asraf Mahmud->
setakat ni belum ada rawatan lagi. lagi pun ini berkaitan dengan genatik
qamarul->
silau bila warna yang hampir sama. kadang kala Seri pun mengalaminya. tapi kita memang cukup beruntung dari yang buta warna atau yang mengalami masalah penglihatan
mR.sYaH->
pendapat manusia memang berbeza tapi jangan sampai bergaduh pula dengan kawan sebabkan isu warna
hitam putih pun masalah jugak =D
susah jugak jgk pasal warna ni yer...
Shukri Mohd Ali->
kalau semuanya masalah susah juga
NICK IRFAN->
tak la rumit sangat. haha
warna warni kehidupan..baru lah meriah....
E.d.Y->
betul2, macam pelangi
suka tengok warna hijau...sejuk hati..hohoo
pokok2 ditebang. warna hujau makin kurang. yang ada hanya hutan konkrit
Post a Comment