Pages

Wednesday, October 06, 2010

SUSU IBU, SUSU LEMBU

Salam semua.....


Dulu Seri minum susu ni, sekarang dah tak jumpa jenama ni kat pasaran.
susu ibu + susu formula


Terlalu banyak iklan susu formula di kaca tv. 1 hari entah berapa kali keluar sampai tak sempat nak kira. Kaya dengan DHA, perlindungan proaktif, vitamin itu, vitamin ini. Rasanya bila dah jadi ibu mesti tak tahu nak pilih susu yang mana untuk permata hati pengarang jantung Seri. Susah-susah minum susu ibu je. Murah, berkhasiat dan dapat menambah erat kasih-sayang. Ceh, berangan lebih.


Iklan kat tv memang tak boleh bla. Over betul, macamlah bila minum susu produk keluaran mereka boleh jadi pandai. Tak dinafikan peranan susu untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. Tapi tak lah tup tup boleh bijak. Sehebat mana pun susu formula mana boleh nak tandingi susu ibu. Sebab itulah mana ada iklan bayi yang tengah minum susu dalam botol. Semua yang ditunjukkan hanya kanak-kanak yang dah pandai berlari minum susu dalam cawan. Syabas! Maknanya iklan itu bukan percubaan menggoda ibu bapa bagi anak minum susu formula berbanding susu ibu tapi satu usaha untuk pujuk ibu bapa terus memberi anak mereka susu selepas bercerai susu.


Berkata tentang susu, dah lama juga Seri perasan yang susu formula kat supermarket di letakkan dalam almari kaca. Macam leceh je nak beli. Tapi orang kat sana mesti punya alasan sendiri kenapa buat macam tu. Harganya pula memang tak boleh tahan. 1.5 kg hampir mencecah RM70-RM80. Sebulan kurang-kurangnya 3-4 tin. Itu baru seorang anak. Kalau 4-5 orang.


Seri pun tak tahu kenapalah nak sangat cerita fasal susu. Sebelum ini pun dah ada entry tentang susu. Akan datang mungkin ada lagi. Apa pun, Seri harap Program Susu Sekolah dapat diteruskan. Bukan semua ibu bapa mampu beli susu.



Renungan:


Semasa peristiwa Israk dan Mi’raj...

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



p/s: Semalam beli susu segar. Hari ini nak buat pancake. Resepi curi dalam internet.

5 comments:

diba said...

ty lah..mnurut ibu diba..dlu i minum susu s-21 hee...tu la susu lam cermin kaca2 kat kdai baby je...hee

ajim said...

selalunya parents yang beli susu ni ada sebab masing2 cam susu badan kurang,kerja dll tapi memang tak leh dinafikan susu ibu yang t'baik.eceh macam ada pengalamn lak.haha..

Seri said...

diba->
nanti Seri gi tengok ada tak lagi susu s-21. semalam try search google hanya ada susu s-26

ajim->
a'ah la. cakap macam ada pengalaman. tapi memang pun ada ibu yang susu badannya kurang. mak Seri pun begitu. walaupun dulu dia suri rumah tapi terpaksa campur dengan susu formula

Pencacai Alim said...

susu ibu paling power..

Seri said...

betul tu. mana boleh dibandingkan dengan susu lembu

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator