Usah dibangga harta yang ada. Walaupun setiap bulan duit pencen masuk. Kalau sakit siapa yang nak tolong keluarkan duit itu.
Usah dibangga harta yang ada. Walaupun ada tanah berhektar-hektar. Geran tanah berkeping-keping tak payah nak heboh-heboh. Kita tak ada tanah pun nanti bila mati ada orang akan bagikan tanah. Tak perlu bayar. Tak perlu bergeran bagai. Cukup sekadar batu nisan.
Usah dibangga harta yang ada. Walaupun ada rumah sendiri. Kalau duduk sorang-sorang apa gunanya.
Mak... usahlah mak sedih. Nanti kat mahkahmah jangan tuntut apa-apa.
Dia ada pencen sampai mati. Mak ada kasih sayang anak selagi mak masih bernyawa.
Mak kan selalu pesan. Allah tak akan sia-siakan hambaNYA...
Mak kata nak tengok anak mak bahagia. Kami pun nak tengok mak bahagia juga.
p/s: Jika tak pernah merasa susah bagaimana hendak hargai kesenangan. Jika tak pernah rasa derita bagaimana hendak hargai kebahagiaan.
3 comments:
harta, wang ringgit, tanah semua tak boleh bawa masuk ke dalam kubur. kasih sayang juga elemen terpenting.
moga seri tabah hadapi dugaan dan cabaran hidup yg mendesak
seamat hari raya!
masuk syurga kerana redha Tuhan, bukan kerana harta =)
sabar
Post a Comment