Seri tak suka politik.
Dunia politik penuh dengan kekotoran. Jijik.
Politik sering dikaitkan dengan wang, penyelewengan, rasuah.
Lazimnya peluang lima tahun yang diberi tidak akan dilepaskan untuk mengumpul aset sebanyaknya.
Dulu benci sekarang dah suka. Kini terbuka juga minda dan hati Seri nak ambil tahu serba sedikit mengenai politik. Bukan nak jadi ahli politik sekadar memerhati dan memahami. Ilmu pun baru senipis bawang. Jangan tak tahu mak dan ayah Seri berbeza fahaman politik. Seri jadi pendengar je.
Nak cerita politik negara takut salah fakta pula. Takut banyak yang auta. Nanti tak fasal-fasal kena tindakan AUKU. Oleh itu, Seri mulakan dengan politik kampus. Harap maaf cerita dah basi, maklumat dah seminggu ada tapi malas nak karang.
28 Jan 2010
Pembuangan undi di UTM bagi memilih MPP. Merupakan kali terakhir Seri mengundi. Tak pernah miss pergi mengundi.
Kali ini tarikh penamaan calon lambat sikit. Setakat dua hari tak sempat nak usya calon-calon MPP. Nak pangkah siapa pun tak tahu. Banyak manifesto tak berjaya memikat hati Seri. Tak nampak orangnya, huruf pun tak jelas.
Secara jujurnya Seri hanya pangkah pada ruangan yang disediakan dalam kertas undian secara random. Kira cukup 10 untuk calon umum dan 3 (kalau tak silap) untuk calon fakulti Seri terus keluar dari tempat mengundi. Lepas sudah tanggungjawab. Tak mengundi kena buat surat kat dekan satu hal. Bukan susah pun nak mengundi. Sebelum keluar tak lupa ambil air kotak dan epal sebiji sebagai souvenir. Tahun lepas dapat buku catatan.
Sebagaimana politik negara, politik kampus pun ada parti masing-masing tapi tak dinyatakan pada borang undi. Memang tak tahu la calon tu PROM atau EVOM kalau tak ambil tahu. Lepas balik dari mengundi baru mantan MPP/ kawan satu kursus Seri bagi tahu 'yang lima kanan dan kiri tu dari parti X'.
Parti2:
Dulu Pro Aspirasi sekarang Evo Mahasiswa.
Pro Mahasiswa
Calon bebas
Penambahan
Tiada perarakan di UTM semasa hari penamaan calon. TIDAK DIBENARKAN
Memeriah suasana pilihanraya
Keputusan pilihanraya
Keputusan pilihanraya di UTM
Suasana pilihanraya IPTS tidak sehebat di IPTA
Alhamdulillah sepanjang 4 kali membuang undi Seri perhatikan keadaan aman damai. Tapi hakikatnya. Samb baca....... (kes terpencil)
Dunia dah maju UM guna sistem E-Vote. Tapi ada yang bantah. Samb baca......
Tahniah kepada barisan kepimpinan MPP yang baru. Renungan,
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda, setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin...(riwayat Muslim)
2 comments:
e- undi boleh dimanipulasi kak...
kalau negara kita, pihak pemerintah tak masuk campur dalam hal politik kampus macam negara maju lain, tak mengapalah nak guna pun.
realitinya sedikit berbeza
ada pihak yg campur tangan. MPP hanya boneka
demokrasi yang bukan sebenar-benarnya. masih berpeluang jd MPP walaupun kalah jika ada yg berkenan
sumber: mantan MPP
Post a Comment