Simpan ketawamu bila gembira
Takut esok datang duka
Sehingga lupa untuk ketawa
Kerana ketawa memang celaka
Ketawa memang satu terapi
Untuk jiwa dan juga hati
Namun harus berhati-hati
Supaya tidak merana nanti
Bila ketawa tak kena tempat
Berlebihan pula tanpa disukat
Takut ada yang mengumpat
Menuduh dirimu memang jahat
Jangan membuat kamu dibenci
Bila ketawa tak tahu berhenti
Tidak menjaga sensitiviti
Lebih ketawa gelap hati
Seri
1.20 pm, 11 Feb 2010
Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati"
0 comments:
Post a Comment