Pages

Monday, February 22, 2010

MASA TERBUANG MACAM SAMPAH

Salam semua.....

gambar hiasan

Hari ini Seri pergi sekolah. Nak edar questionnaire. Jangan tanya PSM bab 4 sebab memang tak buat apa-apa lagi. Tunggu surat EPRD punya fasal. Mungkin ada yang kata Seri bodoh sebab masih tunggu surat EPRD tu. EPRD punya hal PSM tertangguh. Seri tak nak kena halau macam nasib yang menimpa seorang kawan ni.


Kadang-kadang duduk termenung menyesal. Menyoal kenapa? Kenapa? Kenapa? Pada diri, kenapa aku pilih murid sekolah sebagai respondent. Prosedurnya, alahai. Dah tunjuk surat EPRD pun kena balik dengan tangan kosong sebab tak ada surat dari PPD. Rasanya surat EPRD dah cukup berkuasa. Sekolah rendah pula tu yang memerlukan Seri turut ada sama masa budak2 jawab questionnaire. Rasa mau jadi nazir sekolah, tak pun kerja bahagian kementerian.


Perjalanan untuk hari ini dari 8.05 pagi hingga 1.05 tengah hari:

  • Dari kolej naik bas UTM (free)
  • Dari bus stop FAB naik teksi (RM6.80)
  • Dari SKTU 1 naik teksi (RM4.00)
  • Dari SKTU 2 naik bas (RM1.00)
  • Dari bus stop JJ naik teksi (RM4.00)
  • Dari SKTU 4 naik bas (RM 1.00)
  • Dari bus stop Taman U naik teksi (RM5.50)
  • Dari bus stop FAB naik bas UTM (free)
  • Sampai Kolej

Jumlah RM22.30


Dah macam cerita 7 Perhentian lakonan Erra Fazira dan Farid Kamil. Tapi mereka berdua naik kereta waktu malam. Seri naik bas & teksi sorang2 waktu siang. (pembetulan: sorang2 sebab tak termasuk pemandu bas/ teksi & penumpang lain yang sememangnya Seri tak kenal)


Rasanya ada ke siswi lain yang buat kerja gila ni?

Tu belum lagi pergi Skudai Parade, Angsana sorang2 naik bas walaupun sebenarnya tak tahu jalan pun.

Masa praktikal (latihan mengajar) lagi… cikgu2 kat sana naik teksi, Seri lagi expert naik bas berhenti2 tu.

Masa kat matrik ajak roommate pergi jalan-jalan kat Ipoh padahal tak tahu jalan pun. Hampir nak menangis kawan Seri masa tu.


Pilihan lain.

Minta tolong kawan-kawan yang ada transport hantarkan sebab memang tak tahu jalan dan kurang mahir menunggang motosikal walaupun dah ada lesen. Inilah masalahnya bila ada lesen tapi peram buat pekasan. Ayat back up Seri: tak ada motor untuk dilanyak. Macam mana nak pandai.


Tapi sebab Seri ego. Konon nak berdikari tak nak minta tolong siapa2 walaupun malam tadi ada kawan Seri dengan baik hati pelawa nak tolong. (tak tahu la kalau dia main-main je)


p/s: Mungkin Seri memang dah diajar menggunakan perkhidmatan awam dengan sebaik-baiknya terutamanya bas. Permohonan nak beli motor asyik kena reject padahal setiap kali balik mesti tak tinggal perkataan motor dari mulut Seri.

2 comments:

Nadiene said...

alahai...

xpe k... utm xde keta sewa kew???

kalu ade bek sewa aje,,,

kawan2 xde keta? kalu diorang kedekut, sewa jew ... ok?

Seri said...

kereta pun tak mahir drive + tak tahu jalan. ada map ambil dari google

main redah je

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator