Pages

Sunday, February 21, 2010

KANTA LEKAP PERTAMA

Salam semua.....

gambar hiasan

Excited bila kali pertama memakai kanta lekap berwarna. Sekadar untuk suka-suka. Dah lama Seri teringin tapi dua hari lepas baru nekad nak beli.


Ada pelbagai jenis kanta lekap di pasaran. Oleh kerana nak pakai kanta lekap berwarna, jenis lembut menjadi pilihan. Tambahan pula kanta lekap jenis ini lebih selesa dan tempoh pemakaiannya lebih lama berbanding kanta lekap keras. Kekurangannya? Tak perlu rasanya nak diceritakan.


Sebelum nak beli kena buat pemeriksaan mata. Tambahan pula untuk pemakaian kali pertama. Kalau tak nak pun tak jadi masalah. Terpulang kepada pengguna. Tapi bagi Seri perkhidmatan disediakan percuma gunakan saja. Rambang mata tengok kanta lekap. Semua cantik-cantik dalam katalog tu. Cakap banyak pun tak guna kalau stok tak ada. Kena order dulu macam dua buah kedai optik Seri masuk sebelum ni.


Yang ada cuma warna kelabu. Sebutan yang sedap sikit bunyinya grey. Ada tiga jenis. Pertama ada ring, kedua tak ada ring cuma ada corak, ketiga tak dapat dikenal pasti. Seri pilih yang RM45. Lagi dua jenis RM50 sepasang.


Spesifikasi yang lebih jelas kanta lekap yang Seri beli:

  • harga RM45
  • warna kelabu
  • power -50
  • jenis encore
  • jangka hayat 30 hari
  • penggunaan maksimum 10 jam sehari

* tambahan cecair kanta lekap dari jenis yang sama RM15


Kali pertama nak cuba. Pekerja tu bagi cuba rasa. Dia yang masukkan kanta lekap dalam mata. Susah juga, geram pun ada. Lapan kali cuba baru boleh. Empat kali dia tambah cecair khas kanta lekap letak atas tapak tangan dia sebab kanta lekap makin kurang kelembapan. Duduk pun dalam aircond. Mesti pekerja tu dah dilatih untuk sabar layan karenah pelanggan. Senyum je dia. Dah la hensem, muda pula tu. Tapi Seri tak ambil pusing soal tu sekadar melihat ciptaan tuhan.


Seri diajar cara memasukkan, cara keluarkan, cara membersihkan, cara simpan kanta lekap dan sedikit penerangan mengenai penggunaan kanta lekap. Nak pakai kanta lekap perlu disiplin. Tangan tak boleh kotor masa pegang kanta lekap, jangan guna lebih masa, jangan bawa tidur, kanta perlu dicuci dengan cecair khas, tak boleh gosok-gosok mata dll. Banyak juga peraturan. Nasihat Seri belilah kanta lekap dari pihak yang bertauliah.


Mula-mula memang excited tapi bila dah dua tiga kali pakai tak rasa pun. Lagi lega bila dah keluarkan kanta lekap dari mata. Walaupun mata nampak lagi cantik namun tanpa penggunaan kanta lekap Seri rasa lebih yakin. Tak terfikir nak beli lagi bila kanta lekap yang ini dah expired.


Mengenai hukum memakai kanta lekap pula,

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

  1. Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
  2. Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

Sumber:

  • http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-kesihatan/71-kesihatan-peribadi/334-tanya-pakar-di-sebalik-kanta-lekap.html
  • http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/15906-hukum-memakai-kanta-lekap-berwarna.html
  • Gambar dari google

p/s: Lepas basuh muka kabur je pandangan. Rupa-rupanya kanta lekap dah beralih kedudukan.

12 comments:

Shin Chan Comel said...

dulu pernah nak beli untuk pakai ke dinner..special occasion kononnya. tapi tak jadi pasal mahal dan tak berbaloi..hehehehe

kudabesi said...

contact lense?

rayban aviator lagi cool

Nadiene said...

aku nak cube,, tp takutttttt,,,

mmm, nak cari prmata hijrah la, xmahu pakai spek g!

Anonymous said...

baru aku tau kena tukar setiap bulan
lg mahal dr spec kalau mcm tu

aku pakai spec
nak pakai kanta lekap malas sebab aku malas nak urus. hehe

Seri said...

kerol
memang agak kurang berbaloi. sbbkan nak cuba beli juga

kudabesi
rayban lagi mahal

fiD
mulanya takut juga nak cuba

Ah Fatt
kalau tak nak pakai spec beli kanta lekap tanpa warna, 3 psg RM50. mmg leceh sikit nak uruskan kanta lekap ni

Anonymous said...

pakai lens mmg best...ble xpakai rsenye cm kekurangan sesuatu...pape pown kaler yg paling i sk ialah 'hazeL'

Anonymous said...

salam..tadi bru jew blik dari kedai optik with my sis...
1st time try pkai contact lense nie..neves gak...try byak kali mse nk msuk tu..smpai mata nie pon merah..
time nk kuar kan pon sme...
last2 blh..
dh bli pon wne purple...
so hepy...!!

Anonymous said...

salam..tadi bru jew blik dari kedai optik with my sis...
1st time try pkai contact lense nie..neves gak...try byak kali mse nk msuk tu..smpai mata nie pon merah..
time nk kuar kan pon sme...
last2 blh..
dh bli pon wne purple...
so hepy...!!

LoNeLy_GuYzZ said...

hmm. . .best nyer korang. . .saye sedih sngat tw. . .coz knta lkap sya dah koyak. . .baru bli lgi tu. . .geram sngat!!!!!!

Aminah Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
cik jue tomey said...

sy pun rasa nk pakai...saja je nak gatal2...elok2 mata hitam..rase nak cari kaler hazel plak..hehe..tp takutla..nk pakai..mcm ngeri je nak masukan dlm mata tu..seri pakai ok tk??tk elergik ke gatal2 ke..mata merah ke??mhl gk menda alah ni eh....owg nk beli yg cina jual 25inggit tu..takutlah..tk psl2 kang rosak mata

Dr Akbar Abdullah said...


Menarik mengenai hukum memakai kanta lekap atau kanta sentuh dari segi syarak. Tidak kurang penting, bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus mengetahui risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator