Pages

Thursday, April 30, 2009

PULMONARY OEDEMA (PARU-PARU BERAIR)


paru-paru normal



Merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru.

Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang raru-paru. Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa.


Punca-punca:

Jangkitan oleh bacteria, virus, fingsi atau parasit, dan kimia

Kecederaan fizikal kepada paru-paru

Ada terdapat kes punca tidak diketaui (idiopathic)


Simptom:

Batuk

Sakit dada

Demam

Sukar bernafas


Cara mengesan:

x-ray

Pemeriksaan sputum


Rawatan:

Bergantung kepada punca paru-paru berair



Dahulu: Tak boleh tidur berkipas, kena catu minum air batu, tak boleh mandi malam.


Kini tak lagi. Nikmat kesihatan. Terima kasih atas pinjaman nikmat ini. Memanjat syukur ke atas NYA. Terasa cepat masa berlalu.



sumber:

http://negaraku.net/Sports--Health

Wednesday, April 29, 2009

HATE HIM


Emosi Cik Seri pasti akan terganggu jika melihat, mendengar kisah-kisah penderaan terhadap perempuan. Mereka menganggap perempuan macam barang mainan atau sampah yang lelaki boleh tolak-tolak, picit-picit, baling-baling atau buang sana sini. Jika perempuan buat salah ada banyak cara lain untuk mengajar dan memberi pengajaran. Dalam Islam pun ditekankan konsep kasih sayang. Kalau sayang kita tak sanggap nak sakiti dia mahupun melihat orang yang kita sayang terseksa. Mungkin ada yang anggap menengking itu perkara biasa, tapi awas itu sahaja telah memberi satu penderaan domestik secara psikologi.


Wahai perempuan persiapkan diri anda. Jangan hanya berpengetahuan dalam bidang akademik tetapi tak tahu ke mana harus dituju apabila berlaku penderaan terhadap anda. Ketahui hak anda, jangan membuat tindakan yang boleh merosakkan masa depan anda. Biar undang-undang yang menentukan.
Sekiranya mereka terlepas undang-undang dunia, undang-undang akhirat akan menanti mereka. Lindungi diri anda, jangan pula sengaja memberi peluang kepada mereka.



Bentuk Penderaan Terhadap Wanita

1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.

2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.

3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.

4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.

5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.



Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; bentuk gangguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.

2. Perkosaan dan Keganasan Seksual
Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.

3. Keganasan Rumah Tangga
Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya




p/s: Kasih dihulur akan ku sambut. Begitu juga sebaliknya...

Tuesday, April 28, 2009

IQ, EQ, SQ


IQ (kecerdasan intelektual)

learning to do, learning to know

Tahun ditemui: 1905

Ditemui oleh: Binet di Paris

Fungsi: Menyelesaikan masalah logikal

Kekurangan: Bukan jaminan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup.


EQ (kecerdasan emosi)

learning to be

Tahun temui: 1995

Ditemui oleh: Danie Golman

Fungsi: Kemampuan mengenali perasaan kita sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan kemampuan mengelola emosi dengan baik pada diri sendiri dan dalam hubungan dengan orang lain.

SQ (kecerdasan rohani)

dan learning to live together

Tahun ditemui: 2000

Ditemui oleh: VS Ramachandran di California

Fungsi: Memandu manusia mencari hakikat kemanusiaan dan tujuan dalam hidup. Fitrah manusia sebagai makhluk Tuhan.


Contoh perkaitan IQ, EQ dan SQ

Seseorang merasakan dirinya ditipu (berfikir menggunakan IQ) > emosi akan terganggu, sama ada mengamuk atau bertenang (EQ memainkan peranan) > memilih penyelesaian cara baik atau membalas dendam (SQ mempengaruhi)

Ini contoh Cik Seri, ada contoh yang lain?



Kesimpulan:

Kecerdasan intelektual yang tidak diiringi dengan kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritualnya, tampaknya hanya akan menghasilkan kerusakan dan kehancuran bagi kehidupan dirinya dan juga umat manusia.


p/s: Ini merupakan maklumat ringkas Cik Seri hasil pembacaan yang tidak seberapa.

SAYANG YOU CAN DANCE


latihan bagi memantapkan persembahan




full dress researsal




senyuman jangan diabaikan



langkah di atur agar tidak sumbang



Percubaan pertama Cik Seri dalam tarian dan mungkin yang terakhir.


Pada masa tu, bilangan yang menawarkan diri membuat persembahan (tarian) untuk malam kebudayaan program khidmat masyarakat PAC’s kurang daripada yang sepatutnya. Tanpa sebarang asas tarian (kali terakhir menari semasa tadika) Cik Seri menawarkan diri. Dua orang junior dipaksa menari kerana lambat menghadiri raptai harian gara-gara ke pesta konvo. Mujur juga mereka rela.


Tarian ini dinamakan Kurik Kundi sempena nama lagu tarian Kurik Kundi yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan tarian Kurik Kundi di Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang.

PINDAH


Kotak untuk mengisi barang




Lori untuk mengangkut barang
(Cik Seri angkut barang naik teksi)


Perkeliling dah keluar. Comform kena pindah kolej. Kerja-kerja menukar perabot akan dilakukan pada cuti semester ni di Kolej yang Cik Seri diami sekarang dan sem depan. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Cik Seri dan beberapa rakan Cik Seri rancang nak terus tinggal di kolej ini waktu latihan industri nanti. Senang sikit kerja, tak perlu susah-susah angkut barang. Tapi lain pula yang jadi.


Habis exam petang 6 Mei, boleh tinggal di kolej ni sampai 10 Mei. 11 Mei mula latihan industri. Dalam masa 4 hari tersebut Cik Seri kena pindah. Semua program sebelum ni batal….. dah tak sempat. Kolej Cik Seri tinggal sekarang di atas bukit, kolej yang boleh disewa masa cuti ni ada 2, satu kolej siswi dan satu kolej siswa. Kedua-dua kolej tersebut berada di tanah rendah. Lagi pun bawa barang yang penting saja, yang lain simpan dalam stok kolej secara berbayar mengikut bilangan kotak. Nanti kena pindah balik. Elok kalau Cik Seri sediakan checklist barang.


p/s: Exam belum habis lagi tapi dah sibuk-sibuk fikir macam-macam.

WABAK SELSEMA BURUNG

  • Wabak jenis baru yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
  • Sejenis penyakit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada sejenis virus selsema.
  • Berpotensi menjadi pusat ‘pendamik’ atau wabak yang merebak ke seluruh dunia.
  • Negara yang terlibat: mula dikesan di Maxico dan sekarang menyerang AS.
  • Cara penyebaran wabak: menerusi partikel kecil dalam udara atau tersentuh secara langsung.
  • Boleh menjangkiti: haiwan lain dan manusia.
  • Simptom: demam, batuk, keletihan, kurang selera makan, sakit tekak, sakit sendi dan sesak nafas.
  • Langkah mencegah: kerap membasuh tangan dan duduk pada jarak yang selamat daripada mereka yang dijangkiti.
  • Vaksin pelindingan: belum ada, WHO sedang bekerjasama dengan beberapa instituisi untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang vaksin selsema bermusim untuk mencegah selsema babi.


Sumber: Utusan Malaysia, 27 April 2009

POSTO, POSTO


kad undangan perkahwinan Kak Ina


Dua hari lepas Cik Seri menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan kawan Cik Seri. Kad jemputan atas nama Cik Seri dan Zu. Seorang lagi kawan Cik Seri yang bakal menamatkan zaman bujangnya.

Majlisnya 30 Mei 3009, hari Sabtu di Kuantan, Pahang. Waktu tu musim cuti sekolah, warga kampus juga sedang cuti semester. Walaupun Cik Seri menjalani latihan industri hari Sabtu dan Ahad Cik Seri cuti. Kira sempat Cik seri dan rakan-rakan nak ke sana. Zu beria-ria nak pergi majlis tu. Cik Seri pun apa kurangnya. Hehe. Kebetulan Zu orang Pahang. Zu jadi pemandu pelancong la jawabnya.


Di sini marilah kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Kak Ina (Rozaina) serta pasangannya. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh .. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?” Aqil menjawab, “Katakan Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Sumber:

[1] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 1648

http://webblog.myjodoh.net/

Monday, April 27, 2009

ANIMATED RAIN


gambar sebelum



Open your image and continue below. Hit Ctrl+Shift+N to make a new layer, and hit D to reset colours. Go to Filter>Render>Clouds. Then go to Filter>Noise>Add Noise.
Setting:
Amount: 400, Distribution: Gaussion, Monochoromatic: Yes

Filter>Blur>Motion Blur Settings:
Angle: 45, Distance: 14 pixels

Set blending mode of this layer to screen. Repeat this 3 more times so that you have 4 layer of rain.

You are now ready to create animation, so go to File>Edit in ImageReady.

Once in ImageReady, make sure you can see the Animation Window. If you don't see it, go to Window>Animation

Now in the Animation window duplicate the frame 3 times, so that you have 4 frames.

Select the first frame of your animation, and make the first layer of rain visible by clicking of the eye nest to the layer channel.

Make sure that first frames sees only the first layer of rain.

Select the second frames of your animation and make sure that it only sees the second layer of rain.

Continue doing this to the 3rd and 4th frames of the animation, making sure that the 3rd frames only sees the 3rd layer of rain and the 4th frames only sees the 4th layer of rain.

Set the frames delay of all layers to 0.1 seconds.

Now save it, by going to File>Save Optimized As. Leave everything deafult, but make sure you save it under gif format.




gambar selepas (sepatutnya ada pergerakan air hujan turun)



Cik seri menggunakan adobe photoshop cs2 dan adobe imageready cs2 bagi menghasilkan animated rain.
 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator