Pages

Wednesday, April 29, 2009

HATE HIM


Emosi Cik Seri pasti akan terganggu jika melihat, mendengar kisah-kisah penderaan terhadap perempuan. Mereka menganggap perempuan macam barang mainan atau sampah yang lelaki boleh tolak-tolak, picit-picit, baling-baling atau buang sana sini. Jika perempuan buat salah ada banyak cara lain untuk mengajar dan memberi pengajaran. Dalam Islam pun ditekankan konsep kasih sayang. Kalau sayang kita tak sanggap nak sakiti dia mahupun melihat orang yang kita sayang terseksa. Mungkin ada yang anggap menengking itu perkara biasa, tapi awas itu sahaja telah memberi satu penderaan domestik secara psikologi.


Wahai perempuan persiapkan diri anda. Jangan hanya berpengetahuan dalam bidang akademik tetapi tak tahu ke mana harus dituju apabila berlaku penderaan terhadap anda. Ketahui hak anda, jangan membuat tindakan yang boleh merosakkan masa depan anda. Biar undang-undang yang menentukan.
Sekiranya mereka terlepas undang-undang dunia, undang-undang akhirat akan menanti mereka. Lindungi diri anda, jangan pula sengaja memberi peluang kepada mereka.



Bentuk Penderaan Terhadap Wanita

1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.

2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.

3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.

4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.

5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.



Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; bentuk gangguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.

2. Perkosaan dan Keganasan Seksual
Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.

3. Keganasan Rumah Tangga
Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya




p/s: Kasih dihulur akan ku sambut. Begitu juga sebaliknya...

2 comments:

Taufik & Fadzli said...

hate him? aiya jgn benci lelaki..

manusia bnama lelaki tak smpurna

Cik Seri said...

tiada manusia yang sempurna fadzli.
tapi memang tak boleh terima manusia yang perangai mengalahkan binatang. I hate them.

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator