Pages

Tuesday, April 28, 2009

POSTO, POSTO


kad undangan perkahwinan Kak Ina


Dua hari lepas Cik Seri menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan kawan Cik Seri. Kad jemputan atas nama Cik Seri dan Zu. Seorang lagi kawan Cik Seri yang bakal menamatkan zaman bujangnya.

Majlisnya 30 Mei 3009, hari Sabtu di Kuantan, Pahang. Waktu tu musim cuti sekolah, warga kampus juga sedang cuti semester. Walaupun Cik Seri menjalani latihan industri hari Sabtu dan Ahad Cik Seri cuti. Kira sempat Cik seri dan rakan-rakan nak ke sana. Zu beria-ria nak pergi majlis tu. Cik Seri pun apa kurangnya. Hehe. Kebetulan Zu orang Pahang. Zu jadi pemandu pelancong la jawabnya.


Di sini marilah kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Kak Ina (Rozaina) serta pasangannya. Serta kita mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu. Eh .. hingga ke anak cucu sajakah? Atau hingga ke akhir hayat? Takkan sampai akhir hayat saja, selepas tu macam mana pula alam akhirat?

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?” Aqil menjawab, “Katakan Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Sumber:

[1] http://hadith.al-islam.com, Musnad Ahmad : 1648

http://webblog.myjodoh.net/

0 comments:

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator