Pages

Sunday, July 03, 2011

BUKAN SETAKAT MENGAJAR

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....



poster larian


Aktiviti seminggu............


Isnin

Hantar fail meja. Katanya juruaudit nak datang sekolah


Selasa

Majlis hari anugerah


Khamis & jumaat

Perkhemahan unit beruniform


Sabtu

Larian serentak 1 murid 1 sukan, diikuti dengan sukan tahunan sekolah


Alhamdulillah, selesai 4 program dalam tempoh seminggu. Penat betul. Sempat rehat sehari. Nak merungut lebih-lebih pun tak elok. Kepenatan itu menunjukkan yang Seri masih punya pekerjaan buat memastikan dapur di rumah Seri berasap sedang ramai yang menganggur.


Terima kasih untuk pengalaman berharga............

  1. Rasa macam buat assignment pula masa nak siapkan fail meja.
  2. Seri belajar cara hias dewan untuk majlis rasmi. Rasa macam perunding majlis perkahwinan pula. Siap ada gerbang. Kerusi beriben bagai.
  3. Diberi tugas sebagai timbalan kem komanden untuk perkhemahan kali ni. Berdepan dengan pelajar yang hieteria sewaktu perkhemahan. Cikgunya pun bukannya berani sangat.
  4. Cikgu pun kena lari sama untuk larian 1 murid 1 sukan. Program anjuran KPM katanya masuk Malaysia books of record.


Disebabkan perhimpunan bersih 9 Julai pelajar asrama tidak dibenarkan balik pada minggu depan.


Laporan tak rasmi Cikgu Seri, guru akademik sekolah sukan negeri.

5 comments:

Sam said...

Gila la..memang berdedikasi cikgu Seri ni =)

Seri said...

semangat turun naik. masih banyak yang kurang

kudabesi said...

go ticer go!

realiti di sekolah begitu lah, RPH RPT..bukan prioriti

prioriti, laporan nak hantar..pelawat nak datang

tp semuanya asam garam, musim berlalu..sambung kembali tugas hakiki mengajar dan menyediakan rancangan mengajar

Seri said...

kudabesi->
patutnya PRH RPT menjadi keutamaan

Peter parker said...

Problem-solving puzzle captcha with Gdax Support
Are you confronting error while solving a captcha puzzle with Gdax? If you want to avail the finest resolution and procedures then, you have to choice that surely helps in delivering the finest and reliable solutions. To reach the experts by dialing 24/7 functional Gdax Support Number and get the detailed information about the error you are facing. Gdax support team can tackle all such queries and problems in the comfort of your zone.
For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator