Pages

Saturday, April 02, 2011

DULU EMAS KINI KERETA

Entry duniawi semata

Salam semua,.....


sekadar gambar hiasan



Dulu orang perempuan yang baru merasa gaji sendiri lekatkan pada barang kemas. Nampak juga ke mana duit gaji. Selain boleh dijadikan pelaburan. Harga emas tak pernahnya nak turun. Kalau sesak boleh juga gadaikan buat belanja.


Sekarang dah tak ramai perampuan buat begitu. Bila dapat gaji difikirnya nak shopping, beli kereta, iPod, laptop dan barangan seumpama dengannya lagi. Perubahan pemikiran yang tak boleh disangkal lagi. Banyak benar kehendak pada zaman dulu yang telah menjadi satu keperluan pada masa sekarang.


Dulu , jarang perempuan dok sibuk nak memiliki kereta sendiri. Sekarang kalau tak ada kereta macam patah kaki dibuatnya. Seri memang tabik kat cikgu baru yang bawa pelajar menaiki bas untuk mengikuti kursus (dirahsiakan). Kesian wei kena naik bas. Kalau seorang diri boleh tahan lagi. Bukan bas sekolah tapi bas lompat-lompat (yang ada loceng tu)


Memang kena beli kereta gamaknya.


Hadis riwayat Ismail bin Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas melalui bapanya, daripada datuknya yang berkata bahawa Rasulullah bersabda: "4 perkara termasuk tanda kebahagiaan ialah memiliki wanita solehah, tempat tinggal yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Juga 4 perkara termasuk kesusahan (derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk."


Alhamdulillah,...

Gaji sudah masuk. Dah 3 kali duit dalam akaun bertambah. Duit untuk bayar muka dah cukup. Kereta idaman dah servey. Dokumen dah tersedia. Seri percaya bila kita mudahkan kerja orang lain Allah akan mudahkan kerja kita. Proses jual-beli pun berlaku dengan pantas.


Loan dah lulus. Semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar dengan izin-NYA. Banyak lagi kursus yang perlu dihadiri. Program luar pun banyak juga. Banyak kekangan bila berharap pada kenderaan dua tayar itu.

8 comments:

MR. SYAH said...

wah! nk beli kereta apa ni.. tulh skang jrg tgk perempuan pki barang kemas..

Seri said...

jeng3. rahsia dulu

kudabesi said...

sini ada jer cikgu dah nak pencen dah, naik turun bas pegi skolah

laki lak tu...mmg jenis old timer, motor tak reti, basikal tak reti, kereta apa tah lagi

fatim M said...

nnti bawa akk jln2 dgn kete baru eh... hehehehhee

Seri said...

kudabesi->
kes terpencil tu. sebab budak2 sekarang baru sekolah rendah pun dah kehulu-kehilir dengan motor

fatim M->
boleh. meh la datang Kuala Pilah. hehe

Adlan said...

nak beli kereta dah..tahniah..hasil penat lelah bekeja..emas pon boleh beli jugak..pelaburan juga kan.. simpan kat bank..;p

p/s:kesiannyer cikgu dan anak murid itu.hmm

Seri said...

betul juga. InsyaAllah kalau ada rezeki. kalau dah berlebih tu memang kena berzakatlah.

lelaki pun boleh beli emas buat pelaburan

FasiHaH SupiaN said...

thats what we call life is all about :)

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator