Pages

Sunday, March 06, 2011

CORET-CORET 6 MAC

Salam semua.....





Alhamdulillah dah 24 tahun Seri bernafas.

3 bulan 12 hari bergelar seorang guru.


Lama juga Seri tak update blog, dah lama tak baca blog orang lain.

Kalau nak kata sibuk, semua orang pun sibuk sampai ada yang dok menyibuk.


Selesai sudah aktiviti minggu lepas

(1) Ujian bulanan 1

(2) Daftar pelajar tingkatan 1, Rancangan Khas

(3) Kejohanan bola sepak mssd kuala pilah. (sekolah jadi tuan rumah)


Esok sampai Khamis depan, Kejohanan olahraga mssd Kuala Pilah.

Seri terlibat secara langsung sebagai pengurus pasukan.


Dah siap tanda kertas ujian. Belum key in markah. Belum buat analisa dan post-mortem. Masih memikirkan alasan munasah nak bagi kepada ketua bidang sebab ramai juga yang gagal. (lebih dari 5 orang) Nak kata soalan susah ada juga yang dapat A.


Perancangan cuti sekolah

(1) Proposal kajian tindakan. (mini research)

(2) Persediaan temuduga untuk jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) DG41. 2X temuduga baru cukup syarat nak jadi cikgu. Macam temuduga yang dulu tapi kali ni secara kumpulan (masuk lebih dari seorang) dan soalan lebih mencabar. Kena mantapkan pengetahuan dan pemahaman teori pendidikan. Isu-isu semasa pendidikan kena peka. Kalau gagal 1 tahun penalti.


Perancangan lepas cuti

(1) Tumpuan penuh kepada latihan kawad kaki KRS. Terima kasih guru praktikal sudi tolong. Ini bukan nak buli. Seri tengok dia lebih berpengetahuan dan pengalaman bab kawad kaki.

(2) Projek taman herba.


Seri ada dengar ada cikgu yang cadangkan nama dikeluarkan. Tapi pihak pengurusan tahan. Ceh, macam penting je. Mungkin nak beri peluang Seri perkhidmatan di sini untuk beberapa tahun lagi. Seri tak janjikan apa-apa. Cuma akan buat yang terbaik amanah yang diberi. Tak kisah la mana-mana pun ditempatkan. Fikir yang positif, mana tahu jumpa jodoh di tempat baru. haha.


Seri tak tahu mana nak cari kek keju kat Kuala Pilah ni. Nak buat sendiri kek, oven tak ada (belum beli). Jadinya Seri buat kek batik. Macam budak-budak nak kek bagai. Thanks for the birthday wishes. maxis yang bagi perkhidmatan percuma pesanan suara selama sehari. Hadiah tak ada lagi. Mungkin juga memang tak ada.



Oh ya, Seri ada satu lagi blog. (Blog Bergambar)

KLIK SINI untuk ke sana



Terima kasih kepada semua yang menyokong Seri selama ni. Salam sayang dari Ameza bt Musa aka Seri (^_^)

8 comments:

Faizal Sulaiman said...

wahh

seri sangat bizi lah!

nak cari cheesecake utk buffday yek??

hehehehe

Seri said...

a'ah. nak cari kek keju

Unknown said...

hapy belated bday! :D

hazari. said...

eh cikgu ? wahh, subjek apa ?

Seri said...

Coco->
thanks

hazari->
a'ah cikgu sekolah. subjek sains, kh, seni

Pencacai Alim said...

hr tu adik aku terlenyek kepala anak kucing...

F. said...

kiter pon dh lama x BW :(

Seri said...

Pencacai Alim->
eeiii, ngerinya

She is f.A.zA->
faza bizi juga ke atau internet slow

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator