3 perkataan yang cukup bermakna yang Seri pelajari masa jumpa kaunselor dulu.
TAHU
FAHAM
BERTINDAK
Ayat yang lain Seri dah lupa. Apa yang kaunselor bebelkan Seri tak ambil pusing. Walaupun sesi kaunseling dianggap kurang membantu tapi sekurang-kurangnya dengan 3 perkataan tu membuatkan Seri tak menyesal habiskan masa lebih 3 jam.
Dengan 3 perkataan tersebut Seri
(1) Tak sangka betul ramai yang tahu Seri daki gunung Sabtu lepas. Mereka bukan baca pun blog Seri. Lepas ni perlu lebih berhati-hati. Bahaya juga. Takut nanti hal kecil dan remeh-remah satu sekolah boleh tahu. Tapi yang eloknya Seri tak perlu buat promosi mak Seri seorang tukang jahit. Dah ada orang yang tolong hebahkan secara percuma.
(2) Mulanya Seri rasa kerjaya seorang guru membosankan. Boleh pula masa Tahun 1 Seri fikir macam tu. Ruang lingkup hidup hanya sekolah. Pemikiran tak berkembang. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan yang sebenar Seri rasa seronok tak terhingga. Bukan sahaja hal sekolah sendiri diambil tahu. Habis dengan hal-hal sekolah lain diambil tahu. Nak tahu aktiviti sekolah, apa pembaharuan sekolah, kes terbaru. Apa yang berlaku dalam PPD pun Seri tumpang ambil tahu. Ini buat Seri lebih memahami orang-orang yang berada dalam sektor pendidikan.
(3) Agak lemas dengan pembantu makmal. Cuba nak tarik Seri berbual soal politik. Provok Seri. Isu sensitif Seri tak berani nak cerita dalam kawasan sekolah. Oh, Seri masih ingat pesan pegawai atasan masa taklimat guru baru beberapa bulan lepas. Seri tak nak ambil apa-apa risiko walaupun guru dah bebas untuk berpolitik. Just ignore, pura-pura-pura sibuk.
(4) Tak sangka ada juga kes jatuh menjatuhkan timbul dalam profesion perguruan. Ingatkan dunia politik sahaja penuh dengan muslihat. Perlu berhati-hati. Takut ada musuh dalam selimut.
(5) Seri dah tahu dari siapa boleh dapatkan maklumat. Siapa yang boleh dibuat kawan, siapa yang patut dihindarkan. Seri cuba untuk berkawan dengan semua tapi ada sesetengah daripada mereka hanya boleh diajak bersembang tapi bukan untuk 'rapat'.
Prinsip Seri:
Jika kita tutup aib orang Allah akan tutup aib kita. Jangan pula buka aib sendiri.
Jika kita beri ketenangan pada orang lain kita akan peroleh ketenangan.
Jika kita ganggu periuk nanti orang lain rezeki kita tak akan pernah cukup.
Buat kerja seperti yang diamanahkan. Tapi kadang-kala kita akan berdepan yang membuat kita jadi serba-salah. Mana itu pandai-pandailah membuat pilihan. Perlu berani membuat keputusan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Tak sangka pula ada juga yang ambil berat:
Tadi akak tu cakap apa?
Tadi cikgu A ada cari kau ek? via sms
(haha, ambil berat ke?)
p/s: Seri degil agaknya. Bukan nak dengar pun cakap kaunselor.
5 comments:
fuhhh
semua pun seri, mana2 sektor pun ada birokrasinya..
dalam bidang perguruan pun ada byk cabarannya jugakan..
semua benda yang kita lakukan pasti ada cabarannya
kat mana2 pun mg ade kes nak jatuh menjatuhkan ni..
chill k :)
FazaiSulaiman->
sungguh tak sangka
mR.sYaH->
cabaran yang tak pernah terlintas difikiran
E.d.Y->
betul tu
NUke_Rude->
ok
Post a Comment