Baru seminggu kerja dah demam. Pagi-pagi lagi call kawan tanyakan panadol. Dengan baik hati dia pergi belikan panadol. Terharu sih. Susah-susah je. Memang tak nak susahkan sesiapa tapi bila dia tawarkan diri nak pergi beli dan dalam keadaan sangat memerlukan Seri tak mampu nak tolak.
Panadol tiruan ke apa demam tak kebah pun. Baju dah pakai berlapis-lapis siap berselubung satu badan tapi tak juga keluar peluh. Sejuk je rasanya macam lemak kat badan tak berfungsi.
Gagahkan juga badan menunggang motor. Aishhh, klinik desa tutup pula hari Sabtu. Nak pergi hospital jauh. Takut pitam tengah jalan. Memang tak ada pilihan kena juga singgah klinik swasta kat pekan . Dalam sakit-sakit dok fikir juga berapalah dia charge. Mesti paling murah keluar juga beberapa keping not RM10. Kalau hospital kerajaan kena bayar RM1 sahaja.
Mujur kena RM20 kalau lebih RM40 memang tambah menggigil badan Seri. Ubat tiga jenis jumpa doktor tak sampai 5 minit. Buat set induksi dalam kelas pun lebih lama. Sebab tu malas nak dapatkan khidmat klinik swasta. Mana ada pun layanan istimewa. Lainlah dibagi minum free masa tunggu giliran jumpa doktor.
Sebenarnya Seri pergi pekan lebih kepada nak fotostat bukannya pergi klinik. Kawan-kawan kata Seri skema tapi bab nak jumpa doktor makan ubat memang Seri tak disiplin.
Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)
Tapi kenapa lepas makan ubat badan jadi makin lemah?
8 comments:
jga diri leklok kak seri..get well soon;)
ok, tahnks diba
semoga cepat sembuh k.. skang mmg musim demam... member pun ramai yg demam..
sian cikgu.. minum 100 plus banyak2 ye.. semoga cepat sembuh..;)
semoga cepat sembuh yer
moga segera sembuh, dengan izin-Nya pastinya ;)
seri there..
get well soon okey..
p.s: take active fast :)
mR.sYaH->
bukan hanya durian, rambutan yang ada musim demam pun ada musimnya. hehe
Lan Bingka->
tak larat nak minum air banyak2 asyik nak terkucil je. haha
E.d.Y->
dah makin sihat sekarang
Shukri Mohd Ali->
amin.....
Shs is f.A.z.A->
ok. 'badan cepat elok demam ya'
Seri makan ubat yang doktor bagi
Post a Comment