Bukan ayang tak nak masak. Tapi..........
(1) mana sempat ayang nak masak. Ayang kan wanita bekerjaya. Banyak komitmen. Keluar pagi balik malam. Abang makan luar sahajalah. Makan sampai kenyang tau sebab ayang memang tak masak. Jangan kenyang benda lain pula.
(2) rumah kita mana ada oven. Kalau abang nak makan moist chocolate cake ayang boleh buatkan. Tadi ayang ada jumpa resepi moist chocolate cake yang boleh kukus. Tapi bila abang minta cheese cake tak dapat ayang nak tolong. Cheese cake kena bakar la abang oi. Nak bakar kena guna oven bukannya macam bakar lemang.
(3) abang lupa nak beli dermi glace, gherkin, basil. Macam mana ayang nak masak.
(4) abang kan suruh berjimat. Ayang masak tak sedap. Nanti makanan tu semua masuk tong sampah. Lagi membazir.
(5) kita makan berdua. Buat apa nak masak. Makan kedai kan senang. Dapur pun tak kotar. Nanti bila dah ada anak ayang masak.
(6) minyak masak tak ada. Macam mana ayang nak masak. Ayang nak buatkan cucur ikan bilis kegemaran abang pun tak boleh. Minyak jagung/ bunga matahari tu untuk menumis bolehlah. Nak menggoreng kena guna minyak kelapa sawit.
hehe. Cukuplah. Jangan ada budak-budak ni tahu URL blog Seri sudah. Idea asal
"Dah dua hari akak tak masak. minyak masak kat rumah dah habis." Lain betul jadinya bila Seri yang olah. Orang baru elok demam.
11 comments:
wakakaka
jauh menyimpang neh.hehehehe
btw memang ada pempuan kut bagi alasan neh,hehehehe
alasan2 yg mantap utk xnak masak.. hehehehehe...i like...
myk masak kene sorok pon reason kan x dpt masak ...
faza x nk masak sbb MALAS :p
FaizalSulaiman->
memang ada pun. hehe
fatim M->
bolehlah pinjam alasan2 tu. free
She is f.A.z.A->
yup. betul tu. nak goreng ayam tak boleh
xpe..kan minyak susah nak dpt..so, xkesah la xmasak..huhu
padahal tak ada minyak masak pun boleh masak. tak perlu menggoreng
arghh!! pemamlas bebenor!
ini semua rekaan semanata-mata
baguih la da baik demam.. naik motor elok2 ye..;)
ok
banyaknya alasan..hehehe..... oh tidak.... laparlah
Post a Comment