Pages

Saturday, January 15, 2011

SUDAH MENAWAN

Salam semua.....



Yeah, berjaya juga sampai ke puncak Gunung Datuk yang terletak di Rembau. Kali pertama daki gunung. Masa belajar dulu tak berpeluang nak naik gunung. Padahal, mulanya risau juga soal stamina. Secara jujur Seri katakan, Seri bukanlah seorang yang lasak disamping sangatlah gayat dengan ketinggilan.


Apa yang boleh Seri kongsi dalam eksedisi kali ini:


(1) Rupanya nak naik Gunung Datuk kena bayar RM 3. Ada cikgu senior yang belanja.


(2) Perlu bawa air 100 plus atau sebarang minuman isotonik untuk lebih bertenaga. Seri bawa air kosong sahaja.


(3) Salah satu tujuan mendaki ialah menikmati keindahan alam. Tapi Seri terlalu fikirkan ‘nak sampai puncak’ makanya tak sempat nak merasa keindahan alam sepanjang perjalanan. Agak rugi di situ.


(4) Berjaya daki gunung dalam masa 1 jam 40 minit. Turun gunung dalam masa 1 jam.


(5) Lain kali bawa bekal supaya tak rasa segan dengan kawan-kawan. Ini tidak, Seri hanya bawa roti, epal dan wafer coklat. Dalam segan tu dok makan bekal orang roti sendiri tak buka. Hehe


(6) Boleh pula cikgu-cikgu senior bincang pasal kursus kepimpinan pelajar, aktiviti outdoor murid dengan cikgu lain atas puncak. Kebetulan ada cikgu MRSM Gemencheh yang naik gunung sama.


(7) Lain kali kena bawa baju lebih untuk persalinan lepas turun gunung. Habis baju lecun. Sampai rumah mak dok tutup hidung. Haha. Adatlah tu ada bau sikit.


(8) Ada cikgu senior pesan balik nanti makan panadol sebab kemungkinan besar badan akan sakit-sakit.


(9) Pesanan tambahan cikgu senior. Jangan ambil MC pula hari Isnin nanti. Jangan serik nak join daki gunung lain. Kahwin cepat. Keliru juga. Status perkahwinan ada kaitan dengan stamina ke?



Bukti sampai ke puncak Gunung Datuk.



Sebelum memulakan pendakian


Bahagian yang paling mencabar, kena panjat batu sebelum sampai ke puncak


Muka riang gembira dapat tawan Gunung Datuk


Dah penat, pose duduk pula


Dah alang-alang update masukkan sekali gambar semalam. Sewaktu mengiringi murid kibar bendera sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar sekitar istana Seri Menanti.



Kibar bendera


Istana/ muzium Seri Menanti


Jamuan rakyat


Jumaat depan aktiviti merentas desa pula.

8 comments:

MR. SYAH said...

wah best dpt daki gunung.. xprnh daki gunung..

Faizal Sulaiman said...

wahh

tau gunung tampin je sebab uma member kat situ:)

seri, seri kena tag kontes dalam blog faizal yep:) goodluck!

Lan Bingka said...

kalau pegi apa2 aktiviti outdoor memang kena bawak baju spare..:)

Seri said...

mR.sYaH->
memang best walaupun penat

FaizalSulaiman->
ok, nanti Seri buat tag tu

Lan Bingka->
hehe. lain kali Seri bawa

Unknown said...

pernah naik gunugn datuk masa sekolah menengah dulu...masa turun paling best, berlari terus masuk dalam sungai kat bawah tu..mandi sampai kecut tangan..huhu

Seri said...

mesti bertambah sejuk turun gunung terus masuk sungai

Naz said...

best!!! bahaya gak, kena panjat batu besar2 tu.. anyway, tahniah you all!!

Seri said...

memang gayat dan takut nak naik atas batu tu tapi tak nak menyesal kemudiah hari

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator