Setiap hari ada sahaja masalah. Selesai satu masalah, masalah lain pula yang akan timbul. Proses ini berulang-ulang tanpa ada penghujungnya. Seolah-olah hanya kematian dapat melenyapkan semua masalah yang ada. Jika tak diselesaikan masalah akan makin bertambah.
Masalahnya, Seri suka peram masalah yang ada. Pura-pura tak ada masalah dan cuba untuk menyangkal masalah yang datang. Seolah-olah menidakkan realiti. Seri tak suka dengan perasaan yang tidak menyenangkan.
Seri akui dalam proses menyelesaikan masalah kadang-kala kita perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan meminta pandangan tetapi Seri lebih suka untuk tidak berkata mengenai masalah yang ada. Seperti biasa, cuba untuk melupakan masalah. Menidakkan masalah yang ada.
Contohnya,...
Pintu rosak, macam mana ni? Argh, nantilah aku fikirkan.
Prinsip yang Seri amalkan 4 tahun ½ yang lalu,...
- Masalah di rumah jangan bawa ke universiti
- Masalah di universiti jangan bawa balik ke rumah
Contohnya,...
Masalah pengangkutan untuk kutip data Projek Sarjana Muda. Bila balik rumah Seri tak terfikir nak selesaikannya. Biarkan masalah tertangguh.
Bila sudah bekerja pula,...
- Masalah di rumah jangan bawa ke sekolah
- Masalah di sekolah jangan bawa balik ke rumah
Ada baiknya. Bila balik ke rumah Seri tak akan mengamuk walau apa sahaja yang berlaku di sekolah. Tapi masalahnya, masalah itu akan tertangguh sehingga matahari terbit pada keesokkan harinya.
Kenapa sekarang Seri mulai terfikir mengenai semua ini?
Tetapi,.....
andai kata kedua-dua masalah tadi bercampur dikhuatiri Seri akan menjadi gila. Tidak mustahil bukan. Huh, minta dijauhkan.
Errr, faham ke apa yang cuba Seri sampaikan?
7 comments:
setiap masalah ada penyelesaian.. kdg2 seri xleh pendam sorg2.. apa salahnya klu seri kongsikan masalah tu dgn org yg seri percayakan..
Hidup manyak susah,mati lagi susah ma...!
setiap masalah ada penyelesaiannya..so, xyah peningkan fikiran sngt..make it simple, then we can solve it simply...
mR.sYaH->
itu amat sukar dilakukan. sekarang dah kerja suasana baru, kawan2 baru. susah nak cerita pada orang yang kita tak biasa
MSOM->
hidup ni dengan macam2 ragam manusia. kita tersepit menjadi mangsa
E.d.Y->
masalah yang bertahun-tahun lama tak selesai memang memakan diri. tak semudah yang disangka
masalah selalu dtg dan pergi. nmun, hrus ada solusi bijak untuk menanganinya!!:D
saam ziarah dari fifiey sis.
masalah itu pengajaran hidup
FIFIEY LYCHEE MARATION->
salam ziarah dari Seri. terima kasih singgah sini
Pencacai Alim->
kadang-kala manusia lupa itu semua. yang dia nampak cuma masalah (Seri la tu)
Post a Comment