Pada zaman serba moden semua nak mudah. Bila lapar banyak restoran, kedai mamak, fast food, food court yang menanti. Kunjungan anda amat dialu-alukan. Yang banyak duit boleh makan di hotel. Bukan sahaja perut terisi malahan dapat pula menjamu mata. Untung bukan?
contoh 'perencah segera'
Alah, kalau nak masak pun bukannya susah sangat. Teknologi semua dah canggih termasuklah bidang pemprosesan makanan. Lihat lah mana-mana siaran tv pastinya ada iklan 'perencah itu ini'. Katakan sahaja nak masak apa semuanya ada. Dengan adanya perencah segera masakan anda pastinya menjadi.
Mudah sahaja nak masak nasi briyani dengan adanya paket di atas.
rempah ratus
Dah tak perlu nak potong bawang sampai berair mata. Tak perlu nak perah kelapa untuk dapatkan santan. Jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pala semua dah tak kenal. Maklumlah dengan 'perencah segera' semua dah siap dikisar menjadi serbuk atau dalam bentuk pes. Nak gunakan pula. Masuk 'perencah segera' dalam air mendidih, masuk santan, masuk kepala ikan dan biarkan seketika. Tak sampai setengah jam kari kepala ikan dah siap. Mudah, sangat mudah.
Selain perencah ada juga tepung yang dah siap bancuh. Contohnya, tepung cucur keluaran Adabi. Bertambah senanglah nak buat cekodok. Yalah, bahan asas cekodok hanya tepung gandum + air + garam. Bahan lain hanya sampingan. Tak ada pun cekodok menjadi. Agaknya tepung cucur dah campur dengan tepung kek atau baking powder sebab tu hasilnya lebih gebu. (hanya andaian Seri)
Ramadan yang lalu Seri perasan dah ada tepung segera nak buat biskut raya. Lagi mudah guna tepung segera. Tak perlu sukat bahan. Kat pembungkus tepung dah tertera 'tepung membuat almond london', 'tepung membuat kuih semprit' dan segala jenis biskut lagi. Siap dengan arahan penggunaan (lebih kurang macam resepi)
Betapa kehadiran perencah segera, tepung segera dan sebarang produk yang memudahkan aktiviti masak-memasak amat membantu golongan wanita. Dapat juga si suami merasa air tangan isteri. Dengan adanya produk berkenaan isteri mereka tiba-tiba boleh pandai masak.
Seri pula masih ragu-ragu nak guna 'perencah segera'. Betul ke tak ada MSG seperti yang tertera pada label? Kalau 'tepung segera' pula Seri menolak untuk menggunkannya. Hilang nikmat membuat kek, biskut jika tak ada proses timbang-menimbang (tepung), tepung tertumpah, bahan melecet sana sini.
Serbuk kari tak termasuk dalam 'perencah segera'.
Seri kalau masak boleh buat orang habis sepinggan nasi tapi tak mampu buat orang tambah lagi sepinggan. Ada sesiapa nak rasa?
11 comments:
kecur la plakk..hehehe
nak rasa kalau free..hehe
skng ni lau msak xltak perencah cm xsah kan//he
FaisalSulaiman->
tak ada gambar makanan pun dalam entry ni. mesti tengah lapar
kerol->
boleh. nanti raya datang rumah kalau nak rasa
diba->
mungkin dah terbiasa. bila tak letak rasa tak lengkap masakan
tp klu pki perencah segera rasa dia xcukup uhmplh! heheh....
setiap orang ada citerasa masing2
nak..nak..kalau lapar, semua jadi sedap..boleh tambah banyak kali..asal free la..haha
bila lapar dan free semua makanan boleh jadi sedap kan...
meh jd org gaji umah aku nak? :P
tak nak. dari jadi orang gaji baik business buat cake
hehe..betul tu
Post a Comment