Pages

Wednesday, December 01, 2010

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.....


Kesian pula tengok adik. Dok termenung. Boring agaknya cuti sekolah ni. Kawan-kawan dah balik kampung. Nak balik kampung pun dah tak ada siapa-siapa.

Kalaulah Seri boleh drive memang nak bawa adik pergi berkelah di pantai. Oh, pantai. Seri suka pantai.


Tenang, damai....



sekadar gambar hiasan


Bila ekonomi Seri dah stabil Seri nak bawa mak dan adik pergi bercuti. Tempat pilihan:

1) Bukit Tinggi Pahang

2) Pulau (Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor)



(Bukit Tinggi) sekadar gambar hiasan


Pagi tadi Seri ajak adik pergi Seremban. Reaksi dia?
Marah. lol, kena marah......
Kenapa tak cakap awal-awal?
Pergi Seremban je pun. Tak perlu nak plan beria.


Parking motor di pekan Tampin. Seri dan adik naik bas ke Seremban.


Kasut siapa paling comel?


Sebelum berjalan-jalan kita makan dulu.

Nga..... Big Mac


Tunggu adik habiskan Big Mac


Sebelum beredar dari McD, dia dok tanya 'Along, berapa kalori kita makan?'. Tergamam Seri. 'Ishhh, dia ni'


Ajak dia berkaraoke. Timba pengalaman baru.


1st time adik karaoke


Dalam kotak tu dia tanya lagi. 'Along, tak boleh slow ke?, bingit telinga'
'Aku dah biasa dengar student memekak. Bising memang jadi lumrah dalam hidup aku. Baru meriah.'


Katanya nak beli selipar.

Semua nak dicubanya


Habis pusing dalam Terminal One. 2 -3 kali juga tawaf. Semua kedai nak masuk. Pakson ada jualan hebat hingga 70% diskaun. Sekadar memerhati, tak ada yang berkenan di hati.


Buah tangan dari Terminal One


Puas juga sekali-sekala dapat berjalan. Lepas ni nak ke mana pula? Erm, Seri cuti sampai 26 Disember 2010.

12 comments:

F. said...

lama nyer cuti???
jelesssss la :(

Faizal Sulaiman said...

sonok la seri cuti lelama.hehehe

Seri said...

She is f.A.z.A->
sekarang cuti. kalau dapat call kena pergi sekolah

FaizalSulaiman->
mau nya tak seronok. kalah budak sekolah. hehe

hamzah ian said...

fuhyoo.. karaoke..

Unknown said...

woooowww..karok tu..best2

Seri said...

hamzah ian->
jom join sekali

E.d.Y->
karaoke jadi tak berapa best. minat makin kurang

Unknown said...

bes nya cuti berjalan-jalan...

ajim said...

Seri..jd akak aku bleh???wakaka.

MR. SYAH said...

wah karauke tu.. baru pernah sekali.. hayati cuti2 tu... heheh..

Seri said...

azana->
sekali-sekala bolehla. kalau selalu boleh rabak dompet

ajim->
boleh, boleh. jadi adik ipar aku nak? haha

mR.sYaH->
tu la. gunakan kesempatan yang ada

MSOM said...

Kenapa SERI tak nak ambik lesen? Blum dapat IC ye?

Seri said...

lesan ada cuma dah lama tak pegang stereng. kena belajar balik

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator