Pages

Friday, November 05, 2010

BAWA BERSABAR

Salam semua.....



gambar hiasan (sumber)



Seri tak suka dia.

Disebabkan dia habis semua orang jadi mangsa. Tak fasal-fasal orang tak bersalah kena marah sekali.


Seri tak suka dia juga.

Dia tak pandai kawal perasaan. Marah macam orang gila. Orang gila pun cool lagi.


Marah itu perlu. Itu tanda manusia normal punya perasaan. Tapi panas baran itu tidak perlu. Menyusahkan diri dan orang disekeliling. Pergi buang dalam tong sampah untuk dilupuskan bukan dalam tong sampah kitar semula.


Siapa yang tak pernah marah. Seri, kamu, mereka pernah berhadapan dengan rasa tidak puas hati, geram, menyampah, kecewa yang akhirnya membuatkan kita merasa marah. Ya, rasa MARAH. Tapi jangan dilupa marah pelengkap perasaan manusia.


Menurut Aristotle, “Setiap orang boleh marah – ini senang sahaja. Tetapi, menjadi marah terhadap orang yang sepatutnya, setakat mana yang munasabah, masa yang tepat, tujuan yang betul, cara yang sesuai – ini bukan senang.”


Bila sangat marah

1) Sama ada istighfar atau mencarut (mulut)

2) Sama ada mengamuk atau berdiam diri (kaki, tangan)

Itu yang sejujurnya.


Sedang dalam Islam telah diajar bagaimana untuk mengawal kemarahan. Berwuduk, berzikir itu ubatnya. “Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud)


Orang barat pun ada pendapat mereka sendiri untuk mengawal kemarahan.

Mengikut kajian ahli psikologi, Tice mendapati usaha menarik dari dari perasaan marah, seperti membaca, menonton tv, makan makanan yang sedap dan sebagainya dapat mengurangkan kadar kemarahan. Tapi Seri tak berapa menyokong saranan Tice sebab bila dah marah mana ada selera makan, tak dapat beri tumpuan dalam pembacaan, bukan kata menonton tv pandang skrin tv pun tak hingin.


Bersabarlah sayang kawal kemarahanmu. Itu entry pertama Seri tentang marah. Entry ini yang kedua.



Kawan Seri pernah cerita yang abangnya marah sampai tumbuk cermin guna tangan. Cermin pecah tangan berdarah-darah. Ngerinya.


p/s: Menjadi masalah pula jika cikgu tak tahu bagaimana untuk marah.

12 comments:

fariehan ibrahim said...

marah nie sbnr nya hasutan syaitan, byk yg xbaek dri baik nya ble marah,
btol kata kak seri, yg pngt kte kne pndai kawal kemrhn kte tu,
kalu mrh mcm2 blh jadi kn,
huuhu :)

iamfareezyusoff said...

betul, macam macam boleh jadi kalo kita dalam keadaan marah. otak pun susah nak berfikir dengan elok

Edi said...

ikut hati binasa...waktu marah lah manusia paling lemah untuk digoda setan..huhu

Pencacai Alim said...

aku sentiasa sokong ko

Seri said...

fariehan ibrahim->
bila marah kawalan terhadap diri sendiri akan berkurang. dalam keadaan marah manusia sanggup melakukan perkara diluar jangkaan kita. bila dah tersedar baru menyesal

iamfareezyusoff->
bukan kata otak seluruh anggota badan tak dapat berfungsi dengan baik

Edi->
tapi ada sesetengah manusia bangga dengan kemarahan mereka. tunjuk kuasa, ego

Pencacai Alim->
terima kasih. benda betul

Azuan said...

kalu marah..baring..x jadi terus nak marah...hihi

Seri said...

kadang-kala tak sesuai juga. tengah meeting tak kan nak baring. hehe

NICK IRFAN said...

huh! awak marah kt sapa plak ni?

Un Phat Lee said...

gua pernah gak tengok member gua marah.die tumbuk tingkap.gilerlah...
harga tingkap tu dahlah mahal.kesian die kena ganti balik.haha

Seri said...

NICK IRFAN->
marah pada orang yang marah tak tentu fasal

Un Phat Lee->
bertambah marah la dia. kena ganti tingkap yang pecah lagi

mR.sYaH said...

klu tgh marah lebih baik diam jer..

tp klu cikgu xperlu marah cuna perlu tegas jer... :D

Seri said...

betul tu
tapi kadang-kala perlu marah

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator