Pages

Saturday, October 02, 2010

INSIDEN ANEH

Salam semua.....


mortar board & scroll, sekarang dah tak pakai scroll (sumber)



Untuk memastikan sesuatu perkara berjalan dengan lancar persediaan harus dijalankan. Dengan kesungguhan dan ketekunan apa sahaja perkara dapat ditempuhi seperti apa yang kita mahukan. Namun harus diingat manusia hanya merancang Allah yang menentukan.


Macam kita nak pergi berkelah tepi pantai. Kita rancang tarikh, tempat. Senaraikan barang yang nak dibawa. Fikirkan aktiviti nak dilakukan. Siap dah terbayang-bayang. Ibaratnya badan sahaja masih berada di rumah tapi fikiran dah melayang kat pantai. Selain melakukan segala macam persiapan kita juga berdoa supaya selamat dalam perjalanan, hari tak hujan, kita sihat. Tapi kadang-kadang apa yang berlaku tak seperti apa yang diharapkan. Pastinya kita akan rasa kecewa dan sedih. Rasa nak ulang semuanya semula.


Seri tak mengharapkan kesempurnaan tapi ingin memberi yang terbaik.

28 Sept 2010 hari konvokesyen Seri. Kalau nak diikutkan Seri nak ingat yang indah-indah saja tapi mana mungkin boleh lupa perkara-perkara yang tak diingini. Beberapa insiden yang sedikit sebanyak mengganggu mood. Namun kejadian tersebut membuatkan Seri bertambah sedar yang selama ini Seri dikelilingi oleh kawan-kawan yang begitu prihatin dan mereka sentiasa ada untuk membantu. Tiba-tiba rasa terharu.


Insiden yang Seri maksudkan.

1... tiba lewat di UTM. Mujur sempat masuk.

2... masuk dewan mata melilau cari kawan sekuliah mereka tolong ambilkan medal sebab naik pakai masa naik pentas.

3... kerusi yang Seri duduk tak selari dengan giliran naik pentas. Akibatnya tak dapat beri tumpuan memikirkan masa bila nak kena bangun untuk berbaris naik.

3... mortar board asyik jatuh dari atas kepala. Mujur dah turun pentas baru jatuh. Ganggu kosentrasi masa nak tangkap gambar.

4... tak pegang handphone. Akibatnya lepas keluar dewan jenuh nak cari mak dan adik. Dah lah pakai tudung sama warna dengan jubah. Lagi menyukarkan pencarian.

5... dah transfer gambar baru perasan tudung senget/ kurang kemas. Marah adik sebab dia tak tegur atau cuba betulkan tudung kakak dia ni.

6... sakit kaki. Rasa nak buka kasut.


Kalau konvo sekali lagi Seri nak datang sehari awal, pakai kasut yang selesa, pakai tudung indon yang depan keras (tiup angin pun masih maintain), nak pinkan mortar board kat tudung, telefon dibawa bersama. Tapi bila pula dapat konvo lagi. Kena sambung belajar lagi.


Agaknya sebab itulah orang kata perempuan memang leceh.


p/s: Tahniah kepada kawan-kawan yang berkonvo sekali terutama sekali kepada yang dapat 1st class (PTPTN tak payah bayar) dan yang berjaya dalam temu duga guru ST. Kepada yang tak berjaya jangan putus asa. Pasti ada hikmahnya. Cuba mohon lagi sekali. Harap ada back up pemohonan MARA. Mana tahu ada rezeki mengajar kat MRSM.

8 comments:

Unknown said...

huh! byk jgk perkara yg tak di duga berlaku

zatul akmar said...

sambung belajar yoookk

F. said...

harusss continue study..
nnti rugi ;p

Seri said...

NICK IRFAN->
tak sangka semua tu boleh berlaku

bulanisakmar->
Insyaa-Allah ada rezeki Seri ambil pjj

She is f.A.z.A->
yup. belajar sampai akhir hayat

Azuan said...

hahaa macam macam dugaan nak dpat scroll tue...tahniah buat kamu!!

Unknown said...

tahniah2!! blajarla smpai puas.nnti bila da terlambat awak gk yg nyesal..:)

kudabesi said...

aneh tak aneh pun dah grad..siap bermedal lagi tu

tahniah2

Seri said...

Azuan->
biasalah. mana ada benda yang mudah

budak hijaukuning->
terima kasih. mahu kerja dulu baru sambung lagi

kudabesi->
tak ada apa pun yang aneh. saja letak tajuk macam tu

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator