Pages

Monday, October 04, 2010

BAJU KURUNG... SELAMAT

Salam semua.....



gambar hiasan (sumber)


Seri mulakan entry dengan kenyataan Cikgu Wan Ruh dalam page FB ‘Saya Suka Jadi Guru ’

"Saya menyelar sikap segelintir guru perempuan yang terlalu 'anggun' bila ke sekolah. Dengan make-up yang terlampau dan pakaian yg ketat! Gangguan kepada rakan sekerja dan pelajar sekolah. Mereka menelanjangi guru dalam minda dan berimaginasi !"



Wow, Selama ni tak pernah terfikir pula sebab bagi Seri pemakain seorang guru adalah paling mudah walaupun kami tak ada uniform yang ditetapkan. Penyelesaiannya pakai baju kurung. Sekali-sekala berbaju kebaya dan baju kurung moden apa salahnya. Asalkan tidak terlalu ketat. Nak tahu ketat atau tak? Biasanya kalau tempah baju, tailor akan tanya ‘nak ikut badan atau nak yang longgar?’ Pandai-pandailah kamu nak pilih.


Berbalik kepada kenyataan Cikgu Wan Ruh…

Ramai juga yang komen. Lebih dari 200. Tapi antara yang banyak-banyak tu Seri paling suka komen Cikgu Fazz Fatimah

"kadang2 susah jg...berpakaian cantik dikata pula berlebih2an, berpakaian tidak cantik dikata selekeh...tidak menjaga penampilan sebagai guru...tidak tahu etika berpakaian....huhuhuhu.."


Kalau diikutkan pengalaman Seri yang tak seberapa ni kat sekolah memang bab pakaian dan make up ada ceritanya yang tersendiri. Oh ya, Seri menulis di sini sekadar berkongsi cerita. Memang cerita betul dan tak ada penambahan.


Di sekolah A (sekolah menengah)... Masa Seri dan kawan-kawan praktikal.

Tak ada pun yang tegur. Kawan-kawan yang sama praktikal ada juga pakai baju kebaya. Mungkin tak nampak potongan badan sebab kedua-dua mereka memang kurus. Make up biasa-biasa saja, bedak + lipstik.


Di sekolah B (sekolah rendah)... semasa jadi guru ganti

Kena tegur dengan murid darjah 5. ‘Cikgu ni nak ajar PJ pun pakai make up’. Masa ni muka Seri dah mula berwarna-warni. Kononya nak macam betul-betul cikgu sekolah bukan lagi guru praktikal.


Di sekolah C (sekolah rendah)... semasa jadi guru ganti

Kena tegur dengan Guru Besar sebab muka nampak plain sangat. Guru Besar pesan suruh make up supaya nampak lebih berseri. Siap bagi Seri tips lagi. Seri bukannya berhenti disebabkan ditegur murid di sekolah B tapi make up semua dah cair bila dah tengah hari. Kebetulan pula kelas direct dari pagi. Habis kelas terus jumpa Guru Besar tak sempat pun nak tambah-tambah.


Di sekolah D (sekolah menengah) ... semasa jadi guru ganti

Kena marah dengan pak guard sekolah. Pak guard ingat Seri murid sekolah yang gatal-gatal suruh buka pintu bilik guru yang berkunci waktu petang. Tak boleh nak marah balik pak guard tu sebab memang Seri serabai waktu jumpa dia. Petang tu ada perlawanan bola baling, untuk lebih selesa lepas tamat waktu sekolah Seri tukar baju sukan. Cuaca pula panas. Bedak semua dah hilang masa Seri lap peluh. Akibatnya pak guard dah tak dapat beza antara guru dan murid. Dalam kena marah tu rasa nak senyum pun ada. Adakah Seri ni nampak awet muda?


Kesimpulannya.

Memang perlu untuk kelihatan anggun ke sekolah asalkan tidak berlebihan. Jika semua guru perempuan berbaju kurung setiap hari ke sekolah Seri pun segan nak pakai kebaya. Tapi kalau GPK dah pakai baju kebaya apa salahnya kami yang muda ingin bergaya.


Sebaik-baik pakaian ialah pakaian takwa:

“Hai anak Adam[530], sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Q.S.Al- A’raaf:26)

10 comments:

FaizalSulaiman said...

bagi faizal, yg penting nampak pleasent dan jgn sampai student nampak kelemahan kita..

nice sharing, seri!

Un Phat Lee said...

gua vote baju kurung.ehe XD

naz said...

saya rasa baju kurung juga terbaik :)

Seri said...

FaizalSulaiman->
betul2

Un Phat Lee->
baju kurung. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

naz->
betul. cukup selesa buat si pemakai dan mereka yang melihatnya

Shukri Mohd Ali said...

baju kurung lama yang ada bunga-bunga kecil tu...dengan tudung biasa yang tanpa lip lap lip lap. saya suka!

atie said...

salam cikgu....

yang penting menutup aurat.... tapi sekarang kain yang terbelah2 jarang dah org pakai......

kudabesi said...

kalau GB strict abih la haha..

boleh ke pakai kebaya kat sekolah? boleh ke pakai jubah? boleh ke Melayu pakai cheongsam di sekolah?

jawapanya terletak pada SPI bil brapa tak tau haha..

pandangan aku, pompuan nih bab pakaian tak ada la strict sgt, GB pn tak ada la nak marah kecuali pakai purdah time ngajar, atau pakai crocs ngan baju kurung

klu laki x pakai neck tie da dianggap bermasalah nih. wpon x de undang2 bertulis pun suh pakai

yg penting ialah decent, kalau hot sgt tak leh jugak

Seri said...

Shukri Mohd Ali->
betul tu. nampak ayu

kak atie->
tu la sekarang ni. kadang2 tu dah elok pakai baju kurung tapi sayangnya kain dari jenis yang jarang. nampak juga yang tak sepatutnya diperlihatkan

kudabesi->
memang ada panduan pemakaian seorang guru tapi diterangkan terlalu umum. Seri tak pernah nampak pun guru lelaki yang pakai tie kecuali guru praktikal & pengetua lelaki

E.d.Y said...

betul tu..biar berfesyen tapi berpada...budak2 sekolah sekarang bukan leh percaya

Seri said...

budak2 sekarang nakalnya lain macam

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator