Pages

Sunday, July 04, 2010

BOLEH PUN

Salam semua.....



Pagi yang indah. Menghirup udara pagi memang mendamaikan walaupun hanya berada di dalam rumah. Mungkin sebab itu Seri lebih suka bangun pada awal pagi dari berjaga hingga lewat malam.


Awal pagi adik Seri sudah terpacak di depan tv. Pencapaian yang cukup membanggakan. Boleh pun bangun pagi sendiri. Malahan lebih awal jam loceng yang disetkan malam tadi. Alangkah bagusnya jika perlawanan bola sepak setiap hari macam ni. Sekali-sekala menyaksikan perlawanan bola sepak seronok juga. Lagi pula peluang sebegini bukan datang selalu. FIFA world cup hanya dapat disaksikan 4 tahun sekali. Bahang kehangatan sudah sampai ke penghujung tapi Seri baru dapat tengok dalam perlawanan suku akhir.


Sekarang ini menyaksikan siaran tertunda perlawanan Paraguay menentang Spanyol di siaran berbayar. Belum ada jaringan gol tetapi Seri sudah sedia maklum yang Spanyol telah mengalahkan Paraguay 1-0 awal pagi tadi waktu Malaysia.


Malam tadi memperlihatkan perlawanan Argentina menentang Jerman. Maradona terpaksa menelan kata-kata apabila Argentina kalah teruk pada peringkat suku akhir dengan perbezaan 4 gol. Menurut lipitan tv Argentina mendomonasi penguasaan bola dan percubaan jaringan yang lebih banyak berbanding Jerman. Tetapi penentu menang atau kalah satu-satu pasukan itu melalui kiraan gol. Ramai yang berkata bola itu bulat, sebarang kebarangkalian boleh berlaku. Tetapi Seri lebih tertarik dengan peribahasa 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang'.



p/s: Masa world cup di Korea Selatan dan Jepun bukan main seronok lagi Seri tengok. Siap melompat atas kusyen sampai patah palang kat tempat duduk. Berpeluh juga nak menjawab dengan mak.

3 comments:

ajim said...

wah3 layan r...bgus3..
Seri ade bakat r jd pngulas sukan..
xde cita2 nk jd pngacara ke??

p.s.:boooo argentina...keh3

Seri said...

best gak layan bola ni. tapi tak terdaya nak tengok setiap perlawanan.

jadi juru acara dalam sukan sekolah je la

team belanda mara ke separuh akhir. teruskan menyokong. hehe

azuan said...

kesian argentina semalam..serang3 alih3 german yang shoot hahaa..

p/s : uruguay juara wc tahun nie ekeke....

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator