Pages

Monday, February 08, 2010

SERABUT

Salam semua.....

Entry berbentuk diari




Banyak kerja….
Tugasa, PSM, projek, field trip dll
Tak tahu nak buat yang mana satu
Gagal menguruskan masa dengan baik

Cuti mid sem/ tahun baru cina seminggu tak balik. Nak buat kerja. Bestnya kalau mak pujuk suruh balik. Serabut + tension + emosi tak berapa stabil + semangat makin kurang = Seri pun macam dah tak kenal diri sendiri. Tapi tak la buat benda-benda yang bukan-bukan.

Fikir nak buat kerja je sekarang. Alhamdulillah, tak ada masalah dengan orang2 sekeliling, kewangan stabil, kesihatan baik cuma batuk yang belum elok. Harap-harap tak kena TB ke sebab batuk tak elok2 dah dua bulan, kadang-kala batuk berbunyi. Doktor kat pusat kesihatan UTM kata tak ada apa-apa. Terima kasih kawan2 yang prihatin.

Last balik krismas lepas. Kalau tak balik memang tak tahu keadaan kat rumah. Mak tak akan cakap apa-apa kat tepon. Kalau nak tahu kena balik rumah. Memang selalu jadi orang terakhir tahu apa-apa berita. Harap semuanya tak ada masalah. Apa pun yang berlaku Seri redha je. Seri bersedia dengan kejutan walaupun sebenarnya satu rumah tahu Seri tak suka suprise.

Bila sibuk masa berhibur pun makin kurang. Keinginan memiliki motor semakin kuat. Masa dengan orang-orang tersayang makin kurang (balik rumah pun tidak). Dah dua sem tak jalan-jalan kat Angsana, Skudai Parade. Nak tengok wayang kena balik rumah dulu. Susah la nak pergi sendiri kat sini.

Kerja belum selesai.
Nak tengok muka kawan pun macam tak sanggup. Macam tersekat kat kerongkong bila ditanya soal PSM. Apasal susah sangat nak minta kilang terima kami buat lawatan. Macam mana nak kasi orang2 ni lembut hati (kilang plastik, kaca yang bungkus makanan)

Yang eloknya bila tension sangat berat mesti turun.
Tak perlu komen entry ni.

1 comments:

fiD said...

owhhh, heee..

xpew,jnji asgnt tu siap..

samela aku,xblek pon, hmmm

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator