Salam semua.....
Assalamualaikum.............
Kehadapan kawanku yang ku kasihi.terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat bercuti dan tidak lama lagi akan memasuki alam persekolahan yang baru.
Aku berharap supaya kau sihat walafiat disamping keluarga yang tersayang.Aku disini sihat disamping keluarga juga.
Aku ingin membuat satu permintaan jika kita akan bertukar ke sekolah yang lain kau tidak melupakan aku dan SAADAH.Aku sentiasa berdoa supaya perpisahan kita tidak akan berakhir begitu sahaja.Aku juga berharap suatu hari nanti kita akan berjumpa dan berjaya dalam hidup kita yng selama ini kita impikan.
Sampai disini sahaja surat ku pada hari ini.Aku berjanji akan selalu menghantar SMS atau menelefon kau.Jika kau menukar nombor telefon jangan lupa mamberitahu aku.
Wassalam................
SAHABAT MU
-Nilai persahabatan kanak-kanak 12 tahun yang akan memasuki alam remaja.-
Surat yang ditaip oleh adik Seri. Oh, ini kerja dia dok mengodek laptop Seri. Dalam my documents letaknya sebab tu Seri tak perasan adanya benda ni. Biasanya tengok dia buka paint je. Suka benar dia dengan program tu.
Jangan ditanya soal hak cipta sebab memang dia tak tahu 'karyanya' masuk kat sini. Apa sahaja yang ada di dalam laptop ini automatik jadi hak Seri. haha.
Caiyok Ainin. PMR dapatkan 9A tiga tahun akan datang. Kalahkan kakak dan abangnya yang ambil 8 subjek ni.
p/s: belum masanya nak dedahkan blog ni kat dia
0 comments:
Post a Comment