Mereka berpesta countdown new year. Seri baring sambil baca resipi sos dan cincau.
Tiada azam baru. Tiada entri baru. Tiada wall di fb untuk tahun baru. Bagi Seri setiap hari membawa lembaran dan cerita baru.
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"
Yang barunya semalam:
Pembantu makmal masak yang baru. Walaupun dia dah mula kerja beberapa minggu yang lalu. Tapi hari ini baru Seri dan kawan2 seksyen jumpa dia. Sebelum ini 2 kali Jumaat cuti (krismas, maal hijrah) Semalam kelas berjalan seperti biasa. Johor tak ambil cuti tahun baru. Dengan adanya pembantu masak ni secara langsung/ tak langsung membawa perubahan baru. Sebelum ini tak ada pembantu. Di makmal masak hanya ada pensyarah dan seorang tenaga pengajar yang membantu. Katanya garang. Dah femes kat fb kawan2 Seri. Faham2 saja la. Fb dah jadi tempat berdiskusi dalam bahasa ilmiahnya.
Perlu minta kebenaran kalau nak bergambar dalam makmal masak. Orang baru peraturan pun baru. Sebelum ini dah beratus-ratus gambar ditangkap. Bukan kata dalam makmal masak, bengkel kayu, bengkel....... banyak kalau nak senarai. Cukup la bagi tahu bangunan N30 dan N26. Masih memikir rasionalnya. Belum ada hitam putihnya.
Bersusun botol sos. Kertas dibawahnya borang penilaian.
Kali pertama masak sos tomato/ cili dan cincau. Tu pun sebab amali food technology. Biasanya kalau nak buat pencicah dan minum air cincau beli yang dah siap. Setakat lima orang makan tak ekonomik nak buat sendiri. Baik beli yang dah siap. Boleh juga kalau nak buat sebab produk ni meminimumkan penggunaan bahan pengawit dan tanpa pewarna tiruan. Warna cincau yang asli coklat keperangan berbeza dengan cincau di jual yang berwarna hitam pekat.
nasi + lauk + bekas 40 sen
Tambahan 40 sen untuk makanan berkungkus jika guna bekas plastik cafe. Jika sebelum ini sesiapa yang nak tapau makanan letak dalam polisterin. Tapi semalam tak ada 1 pun polisterin di cafe kolej. Lepas ini bawa bekas makanan sendiri. Kalau malas nak basuh makan saja di sana.
questionnaire PSM yang telah mendapat pengesahan
Akhirnya, dapat juga pengesahan pensyarah lain untuk questionnaire. Boleh tersenyum sampai malam. Susah betul nak dapatkan. Ni pun sempat tanda tangan je. Lain kali cop. Berminggu juga. Dah banyak kali repair dan print. Tajuk Seri fasal makanan, cuma pensyarah yang mengajar subjek tu boleh mengesahkan questionnaire. Ada juga benda nak ditunjuk untuk perjumpaan PSM dengan penyelia untuk pertemuan akan datang.
Lusa sekolah dah buka. Bila pula surat EPRD nak dapat? Sebelum exam sem lepas dah hantar melalui fakulti. Kalau dah ada boleh distribute questionnaire. Mana boleh main redah sekolah. Nak buat aktiviti pun kena minta kebenaran PPD.
Lusa sekolah dah buka. Bila pula surat EPRD nak dapat? Sebelum exam sem lepas dah hantar melalui fakulti. Kalau dah ada boleh distribute questionnaire. Mana boleh main redah sekolah. Nak buat aktiviti pun kena minta kebenaran PPD.
Bawah PERHATIAN
Pelajar berikut dikehendaki berjumpa penyelaras Projek Sarjana Muda (PSM) Dr. Muhammad Sukri bin Saud di C13-413 dengan segera. Nama Seri tiga dari bawah.
Nama naik di papan kenyataan fakulti. Agaknya kenapa? Semalam Dr Sukri tak ada.
Andaian awal: Pertukaran penyelia PSM
0 comments:
Post a Comment