Pages

Thursday, January 07, 2010

KAMI MAHU ANDA

Salam semua.....


Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Satu perumpaan yang tepat menggambarkan keadaan Skudai sewaktu awal pembukaan UTM Skudai. Banyak kedai-kedai mula dibuka dan terus maju sehingga kini. Bukan sahaja di sini malah di mana-mana sahaja pembangunan sesebuah kawasan pasti akan berlaku jika terdapat kawasan perindustrian (termasuk dalam sektor perkilangan, pembuatan, pendididan dll) sebagaimana terjadi semasa revolusi industri. Seperti kawasan sekitar perlombongan bijih timah berkembang dan maju. Sudah lupa?


Transkripsi apa yang Seri dengar dan gambaran sekeliling sepanjang belajar di UTM Skudai:
Nak pergi beli barang kat Taman U
Tengok wayang kat U Mall
Jom pergi JJ Taman U
Pernah baca iklan Tadika Ijazah
Respondent PSM/ tesis Seri murid SK Taman Universiti 1-4

Itu merupakan sebahagian saja. Penggunaan perkataan UNIVERSITI itu sendiri. Secara logik di ambil kerana terdapatnya sebuah universiti di bina di sana.


Apabila terbinanya sebuah pusat pendidikan (contohnya IPT) di sesebuah kawasan:

Kadar sewa rumah tinggiContohnya semasa Seri menjalani Latihan Mengajar di Segamat, cikgu di situ kata sewa rumah di sana mahal.
Rasional: Adanya UiTM. Permintaan tinggi terhadap tempat kediaman oleh siswa/ siswi

Banyak teksi
Pemandu teksi mengakui yang pendapatannya sedikit berkurangan sepanjang cuti semester.
Rasional: Semasa cuti semester semua orang balik

Kedai peralatan computer
Kedai komputer tak pernah lengang dengan pelanggan. Sungguh berbeza dengan kedai komputer di tempat Seri (pekan Tampin) yang suram.
Rasional: Permintaan terhadap peralatan komputer

Kedai fotostat
Mesin fotostat tak berhenti beroperasi dari mula kedai dibuka sehingga kedai tutup.
Rasional: Fotostat nota, past year paper

Kedai print
Bukan setakat print kad kahwin. Print poster, kertas yang bukan bersaiz A4 (A4 boleh print sendiri di bilik), stiker, penulisan tesis/ PSM.
Rasional: pelbagai kehendak dan permintaan

Kedai makan
Sentiasa meriah. Biasanya student lelaki yang selalu makan di luar. Perempuan pun ada tapi tak banyak. Trend ini kembali menurun bila hujung sem (pokai) dan lengang bila cuti semester.

Ramai ‘pendatang’ pelajar dari luar datang ke sini untuk menuntut ilmu. Masa Seri tahun 1 & 2 tak ketara sangat. Tapi keadaan berubah lepas balik LM setelah 6 bulan tak jejak kaki kat UTM. Kadang-kadang confius Seri di Malaysia atau kat oversea.

Menurut salah seorang pensyarah yang mengajar Seri hampir 15% guru di sekitar Skudai/ Pulai mempunyai Master kerana dekat dengan UTM.


Aktiviti perniagaan terus berjalan selagi adanya permintaan bagi memenuhi keperluan asas (aras pertama) dalam teori Maslow.

p/s: Seri hanya memberi contoh kawasan sekitar Skudai.

6 comments:

zamfadliez said...

i have a senior there,from upnm@atma:)...hehe,anywa,gudluck on ur study,adiooss..~!

kudabesi said...

memang pun sbb tu tempat yg ada uitm boleh kata maju gak la..

bandar jengka kalau tak de uitm pahang, suram sangat..haha

Seri said...

zamfadliez:
tq. sama2 la kita menuntut ilmu sampai ke liang lahad

kudabesi:
ada baiknya UiTM/ IPT dibina kat kawasan kurang membangun. perancangan pembangunan akan datang

lain2:
pembinaan UiTM/ IPT lain merupakan 1 strategi kerajaan supaya sesuatu tempat itu boleh maju

imam said...

en imam nak buat business gak la kat taman U..bukak kedai stationery..kompom laku

:: Bu Boyz :: said...

ohohoho... betul3

Seri said...

imam:
bersaing dengan 'rainbow'

bu boys:
no komen

 
Copyright 2011 Catatan Seri. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator